Sunday, November 29, 2015

Program Memasak Bubur Asyura


5 November 2015 - Panitia Agama Islam sekolah ini telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura secara gotong-royong bagi warga SK Paya Bunga sempena sambutan Maal Hijrah 1437 H peringkat sekolah. Sebanyak 2 buah kawah bubur asyura yang telah disediakan.

Wednesday, November 18, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015


18 November 2015 - Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan telah berlangsung dengan jayanya pada 18 November 2015, bersamaan hari Rabu bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Hari Kantin Sekolah


12 November 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum pada tahun ini. Tujuan dan objektif program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan adab-adab semasa berjual beli dan dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahun enam.

Tuesday, November 10, 2015

Gotong Royong Perdana


24 Oktober 2015 - Gotong Royong Perdana telah diadakan pada hari Sabtu 24 Oktober 2015. Gotong Royong Perdana ini telah diadakan bersama Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu bersama JKKK kampung Paya bunga. Gotong-royong tersebut telah diadakan di sekitar dan belakang kawasan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

Sunday, November 8, 2015

Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ)


24 Oktober 2015 - Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ) pada 23 hingga 24 Oktober 2015 selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu bertempat di SK Paya Bunga.Tiga orang fasilator iaitu Ustaz Wan zamri, Ustaz Ridzuan dan Ustazah Zaipah telah memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang terlibat sepanjang kem ini berlangsung.

Thursday, October 22, 2015

Kursus Penyembelihan Ayam


20 Oktober 2015 - Panitia Agama Islam telah mengadakan Kursus Penyembelihan Ayam bertempat di kawasan persekitaran SK Paya Bunga. Semua murid dan guru telah didedahkan cara-cara menyembelihkan ayam secara amali yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ridzuan.

Majlis Penutupan Kokurikulum


20 Oktober 2015 - Majlis Penutupan Kokurikulum SK Paya Bunga telah diadakan pada 20 Oktober 2015 lalu yang bertempat di Dewan An Nur SK Paya Bunga. Majlis Penutupan Kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Nazarudin bin Abu Bakar.

Thursday, October 15, 2015

Sambutan Hari Sukan Negara


10 Oktober 2015 - Program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada 10 Oktober 2015 yang lalu dan bertempat di Dataran SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan taklimat oleh guru bertugas dan gimik pelancaran Hari Sukan Negara.

Wednesday, October 7, 2015

Lawatan Penanda Aras ICT PPD Baram Sarawak


13 September 2015 - SK Paya Bunga telah menerima kunjungan dari PPD Baram, Sarawak pada 13 September 2015 yang lalu.

Thursday, September 10, 2015

Lawatan Penanda Aras ICT dari Setiausaha Kerajaan Johor


7 September 2015 - SK Paya Bunga telah menerima kunjungan dari Setiausaha Kerajaan Johor pada 7 September 2015 yang lalu. Turut hadir menyertai dalam rombongan lawatan ini iaitu beberapa orang pegawai TOP IT dan juga pegawai dari Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu

Kem Motivasi dan Gerak Gempur UPSR 2015


27 Ogos 2015 - Pada 27 Ogos hingga 29 Ogos 2015, sekolah ini telah mengadakan Kem Gerak Gempur UPSR 2015 dan teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR bagi murid Tahun 6. Kem ini telah diadakan bertempat di Terengganu Equestrian Resort, (TER) Kuala Terengganu. 

Wednesday, September 9, 2015

Majlis Solat Hajat UPSR 2015



3 September 2015 - Majlis solat hajat dan bacaan Yaasin telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat di Dewan An Nur SK Paya Bunga sempena murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Majlis ini berjalan dengan jayanya yang melibatkan guru, PIBG, ibu bapa dan murid.

Thursday, August 27, 2015

Program dan Ceramah Penjagaan Gigi


5 Ogos 2015 - Satu program dan ceramah penjagaan gigi telah diadakan pada kali ini. Beberapa orang pegawai kesihatan dan jururawat dari Klinik Pergigian Air Jernih telah hadir ke SK Paya Bunga untuk mengajar murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 cara-cara yang betul untuk menggosok gigi. Pada masa yang sama, mereka juga memeriksa gigi murid-murid dan menasihati kepada murid agar kurangkan makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula supaya gigi akan menjadi lebih sihat dan tahan lama. 

Wednesday, August 26, 2015

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


23 Ogos 2015 - Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan pada jam 8.15 pagi di Dewan An Nur, SK Paya Bunga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi bin Muhammad, Guru Besar SK Paya Bunga. Sebanyak 4 buah lagu patriotik telah dinyanyikan beramai-ramai oleh murid-murid dan guru-guru dengan penuh bersemangat.

Wednesday, August 12, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015


25 Julai 2015 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 25 Julai 2015 bersamaan 9 Syawal 1436 H. Majlis ini dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.

Majlis Khatam Al-Quran 2015


13 Julai 2015 -Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran. Majlis ini yang telah diadakan pada 13 Julai 2015,Isnin bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan An Nur SK Paya Bunga. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG, Encik Muhammad Zamri bin Yusof, bacaan doa dan ucapan PK Kokurikulum, Encik Amran bin Mokhtar. Kemudian,seramai 25 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Roslim bin Jaafar memulakan majlis khatam Al-Quran.

Thursday, July 16, 2015

Tuesday, July 7, 2015

Selamat Bertukar Cikgu Junaidah Harun


Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Junaidah binti Harun telah bertukar ke SK Merlimau 2, Melaka berkuatkuasa 1 Julai 2015. Beliau telah berkhidmat selama hampir 21 tahun di sekolah ini. Selamat bertugas di tempat baharu, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu dan memohon maaf seandainya ada sebarang kesalahan dan kesilapan serta berterima kasih atas jasa selama berada di sekolah ini.
               Salam perpisahan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Junaidah binti Harun. Semoga ceria dan gembira bertugas di sekolah baru.Kami warga di SK Paya Bunga tetap mengenang jasa dan budi puan.

Sunday, June 14, 2015

Kem Motivasi UPSR 2015


4 Jun 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu kem motivasi UPSR bagi murid-murid tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang bekas murid tahun 6 sekolah ini iaitu Nur Kamilah dan Nurul Shafikah Adlina untuk memberi ceramah motivasi kepada semua murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi

Sambutan Hari Guru 2015


18 Mei 2015 -  Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2015 yang bertemakan Guru : Pembina Ilmu, Menyempurnakan akhlak.Majlis ini diadakan bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, dan lagu tema hari guru tahun ini iaitu Lagu Terima Kasih Cikgu.

Monday, April 27, 2015

Perkhemahan Unit Beruniform 2015


16 April 2015 - Perkhemahan Unit Berunifrom SK Paya Bunga tahun ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari dua malam bermula 16 hingga 18 April 2015. Program ini disertai oleh semua ahli Tahap 2 Unit Uniform Pengakap, PBSM, TKRS, dan Tunas Puteri. Perkhemahan ini diadakan di dataran SK Paya Bunga.

Lawatan Penanda Aras ke SMK Lembah Bidong


14 April 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SMK Lembah Bidong, Setiu. Rombongan ini diketuai oleh PK1, Puan Junaidah binti Harun dan beberapa orang guru serta murid-murid tahun 5 dan 6. Antara objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk memperluaskan jaringan di antara pelbagai sekolah. Objektif lawatan ini juga untuk perkongsian maklumat bagaimana budaya pembelajaran murid-murid di sekolah elit semasa sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain yang telah dijalankan.

Wednesday, March 11, 2015

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2015


9 Mac 2015 -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Paya Bunga. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2015.

Tuesday, March 10, 2015

Mesyuarat Agung PIBG 2015



6 Mac 2015 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 33 telah berlangsung dengan jayanya diadakan pada hari Jumaat 6 Mac 2015. Majlis ini bermula pada jam 9 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Saufi bin Ghazali, Pegawai Khas kepada Y. Bhg. Datuk Hj Mohd Sabri bin Alwi (Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu).

Monday, March 9, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang


26 Februari 2015 - SK Paya Bunga telah menganjurkan Kejohanan Balapan Dan Padang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Kejohanan ini diadakan bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga dan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
                Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lontar peluru, dan acara sukaneka. Johan keseluruhan tahun ini dimenangi oleh Rumah Merah.

Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan serta Temu Murni UPSR 2015


14 Februari 2015 - Pada 12 Februari hingga 14 Februari 2015, sekolah ini telah mengadakan kem motivasi dan teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR  bagi semua murid Tahun 6. Kem ini diadakan bertempat di SK Paya Bunga.

Tuesday, March 3, 2015

Lawatan Penanda Aras dari SK Tun Doktor Ismail, Selangor



17 Februari 2015 - SK Paya Bunga telah menerima kunjungan dari SK Tun Doktor Ismail, Selangor pada 17 Februari 2015 yang lalu. Lawatan ini yang terdiri di kalangan guru, kakitangan dan pekerja swasta  SK Tun Doktor Ismail seramai 40 orang. Objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk melihat perlaksanaan "Virtual Classroom" di negeri Terengganu khususnya di SK Paya Bunga ini.

Sunday, February 8, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 1436 H


21 Januari 2015 -  Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tanggal 21 Januari yang lalu dan telah diadakan  di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga.Tema sambutan pada tahun 1436 H ini ialah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100


18 Januari 2015 - Pada 18 Januari lalu, telah berlangsung majlis penyerahan wang Bantuan Khas Persekolahan (BKP) sebanyak RM100 bagi setiap murid yang layak menerimanya. Ibu, bapa dan penjaga murid telah hadir ke sekolah bagi menerima wang tersebut. Majlis tersebut telah disampaikan oleh  Dato’ Wan Hisham Wan Salleh. Diharapkan ibu bapa atau penjaga yang menerima wang tersebut dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah


18 Januari 2015 - Unit HEM sekolah ini telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah serta juga diadakan majlis pelantikan Ketua dan Penolong Kelas bagi sesi persekolahan 2015. Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah yang dilantik seramai 40 orang murid dari Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini. 

Tuesday, January 6, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT DATANG

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 - TAHUN 6 2015