Sunday, August 28, 2011


Kami Warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor, Seluruh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ucapan Salam Aidilfitri juga ditujukan kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Tim.Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, serta seluruh pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Kami juga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada CEO TOP IT serta Pegawai-Pegawai di Top IT.

Salam Aidilfitri juga untuk Pengerusi PIBG SK Paya Bunga serta Ahli Jawatan kuasa PIBG sesi 2011.

Juga tidak lupa kepada Ibu Bapa / Penjaga murid serta murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

"SELAMAT BERGEMBIRA DIHARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN "

Ikhlas daripada Kami Warga SK Paya Bunga.

Friday, August 12, 2011

Lawatan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM ke Kelas Maya SK Paya Bunga.






11 Julai 2011 - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kem.Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Datuk Haji Isa bin Haji Abu, telah datang melihat sendiri perjalanan Pengajaran Pembelajaran di Kelas Maya SK Paya Bunga.

Beliau turut diiringi pegawai-pegawai dari Kem.Pelajaran Malaysia, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Tn Hj.Hashim bin Mat Zin, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai JPNT, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan turut mengiringi CEO TOP IT Tuan Haji Mohd Isa b. Nik.


Selesai melawat ke Kelas, beliau diberi taklimat oleh Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga.