Monday, August 26, 2013

Lawatan ke Mesramall dan Pantai Kemasik

22 Ogos 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Kemaman, seramai 35 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 serta beberapa orang guru pengiring. Program ini yang diilhamkan oleh Puan Guru Besar di bawah Program Sekolah iaitu Santai Minda.Turut serta 5 orang guru ROSS mengambil kesempatan untuk mengikuti lawatan ini, kebetulan pada hari itu juga hari terakhir mereka yang telah seminggu berada di sekolah ini.
              Rombongan kami bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah menuju ke Kerteh, Kemaman dan tiba kira-kira pada jam 10.15 pagi. Murid-murid dibawa menuju ke tempat yang ditujui iaitu Mesra Mall untuk membeli belah dan bermain boling di sana. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk pergi ke pantai Kemasik memandangkan Mesra Mall terletak berhampiran dengan pantai itu.Selepas selesai melawat tempat-tempat menarik di sana, kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Paya bunga kira-kira pada jam 6 petang.










Tuesday, August 20, 2013

Ujian Penilaian JKJR bagi Murid Tahun 2 dan Tahun 5

16 Julai 2013 –Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu telah memilih SK Paya Bunga untuk mengadakan program Keselamatan Jalan Raya. Dalam program ini, kelas tahun 2 Cerdik dan tahun 5 Gemilang telah terpilih untuk aktiviti kuiz daripada pihak JKJR. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz tersebut diberi ganjaran hadiah daripada JKJR berupa topi keledar bagi pemenang utama dan buku keselamatan bagi pemenang saguhati.
        Program sehari bersama JKJR ini dianjurkan oleh pihak pengurusan HEM mendapat perhatian daripada murid-murid serta warga pendidik. Pihak sekolah beruntung kerana turut mendapat sumbangan buku latihan dan aktiviti JKJR yang boleh digunakan oleh murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKJR Terengganu kerana sudi memilih sekolah ini dalam program kempen keselamatan jalan rayanya ke seluruh negeri Terengganu. Tidak ketinggalan, pameran keselamatan jalan raya juga berjaya menarik perhatian seluruh warga sekolah. Tahniah kepada pemenang yang berjaya mendapat hadiah utama dan saguhati.

Murid Tahun 5 yang berjaya mendapat hadiah
Murid Tahun 2 yang berjaya mendapat hadiah
Pemenang hadiah utama bagi murid tahun 2