Tuesday, January 24, 2012

SK Paya Bunga di jemput ke INTEL Talk Show di The Curve, Damansara






18 Januari 2012 - The Curve Damansara, SK Paya Bunga telah dijemput menyertai satu IT INTEL TALK Show sempena sambutan 40 tahun INTEL di Malaysia. Turut sama diundang menyertai talk show ini adalah Jurutera INTEL Malaysia, Komposer dan Pemuzik. SK Paya Bunga mewakili agensi pendidikan di Malaysia - memberi penerangan tentang kekuatan ICT dalam pendidikan.

Talk Show ini telah dikendalikan oleh Aidid Marcello bersama pasangan pengcaranya.

Saturday, January 14, 2012

Carta Organisasi 2012

Friday, January 6, 2012

Hari Pertama persekolahan SKPB


3 Jan 2012 - Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1 yang baru melangkah ke alam persekolahan, dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6.


Guru Besar memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa yang hadir / menghantar anak-anak tahun 1 di hari pertama sekolah. Guru Besar juga sempat beramah mesra dengan murid-murid tahun 1 yang begitu berani dan petah bercakap.

Pengajaran pembelajaran berjalan seperti biasa dikelas-kelas lain. Lawatan Pemantauan Ketua Sektor Pengurusan Kualiti, JPN Terengganu Tg. Mohd Yusof Tg.Mansor di pagi hari pertama ke SKPB.

Hari ini juga diraikan Hari Ulangtahun Kelahiran kepada 4 orang guru yang lahir pada 1 hingga 3 Januari.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...amin

Alhamdulillah, murid-murid kelihatan begitu bersemangat, segak, bergaya dengan uniform sekolah yang baru, sementara murid-murid tahun 1 tidak ada yang bermasalah di hari pertama persekolahan. Semoga mereka sentiasa ceria dan dapat belajar dengan baik.

Selamat Datang ...


Selamat Datang kepada Pn Suria dari SK Kampong Oh, Besut. Semuga kehadiran Cikgu Suria menyinari kecemerlangan akedemik SK Paya Bunga. 

Monday, January 2, 2012

SELAMAT DATANG ... DAN SELAMAT BERTUGAS


Warga SK Paya Bunga mengucapkan selamat datang 
kepada En Hadi Bin Ismail
yang bertugas sebagai Pegawai EIO yang baru menggantikan En Shah.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Bertukar... Cikgu Shah (EIO)


Warga SK Paya Bunga ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada
Cikgu Shah (EIO) yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada
31 Disember 2011. Beliau telah  mendapat tawaran kerja
di Syarikat UNIFI di Kuala Lumpur.
Semoga Jasa dan budi tuan akan dibalas Allah. 

Semoga Berjaya..

Kelas Tambahan Malam UPSR 2012

PIBG dan Pengurusan Sekolah SK Paya Bunga akan mengadakan Kelas Tambahan Malam UPSR PERCUMA bagi Murid Tahun 6 bermula 18 March 2012. Objektif utama ialah memberi nilai tambah kepada semua murid tahun dalam aspek peningkatan prestasi UPSR.

Kelas akan bermula pada 8.00 malam - 10.00 malam. Pohon kerjasama Ibubapa untuk memberi komitmen bagi menghantar anak anda ke kelas berkenaan. Komitmen Ibubapa  penyumbang utama kejayaan anak-anak tuan.




HARI MATAPELAJARAN GURU
AHAD MATEMATIK EN IZWAN
ISNIN SAINS EN MUSTAQIM
RABU BAHASA MELAYU EN NASARUDIN
KHAMIS BAHASA INGGERIS EN JUNAIDI