Friday, December 31, 2010

Selamat Bertukar Kepada GPK1 : En Ghazali Bin Muhammad

Selamat Bertukar Kepada En Ghazali Bin Muhammad (GPK1) ke SK Kepong bermula 1 Disember 2010. Terima kasih atas jasa En Ghazali Bin Muhammad selama di SK Paya Bunga.

Selamat Bertukar ...


SK Paya Bunga mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertukar kepada En Mohd Ansarullah Eu Abdullah yang bertukar ke SK Seberang Takir dan En Sabudin Bin Ahmad ke PPD Kuala Terengganu. SK Paya Bunga merasakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah.




Tuesday, September 21, 2010

Gambar Lawatan

Galeri Gambar Lama


Wednesday, September 1, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Som Bt Abd Aziz


28 Ogos 2010 - SK Paya Bunga meraikan Persaraan Puan Guru Besar, Pn Hajah Som Bt Abdul Aziz. Tanggal 28 Ogos 2010 merupakan hari akhir Puan Hajah berkhidmat di SK Paya Bunga setelah mula bertukar ke SK Paya Bunga bermula tahun 2008.

Pihak sekolah merasakan satu kehilangan besar bagi SK Paya Bunga. Semuga Allah membalas budi dan Jasa Pn Hajah Som dan sentiasa diberkatiNya. Terima Kasih dan Selamat Bersara.

Sunday, May 30, 2010

Sekitar OTI 2 2010

Ujian OTI 2 2010 telah berlangsung selama 1 minggu bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2010 dan diadakan serentak di seluruh Terengganu.Soalan ujian pula telah diselaraskan oleh JPNT untuk semua sekolah di seluruh negeri dan tidak seperti sebelum ini dimana ujian OTI hendaklah disediakan oleh pihak sekolah sendiri.Murid-murid tahun 6 kelihatan amat bersungguh-sungguh menghadapi ujian ini kerana suasana peperiksaan UPSR telah bermula di sekolah kerana pelbagai kempen UPSR telah dijalankan di peringkat sekolah dan pelajar mula berasa bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Setelah keputusan penuh ujian OTI 2 dikeluarkan oleh guru-guru,kelihatan satu peningkatan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan bagi murid-murid tahun 6 dan peratus kelulusan dan mendapat A bagi setiap mata pelajaran pula meningkat secara mendadak.

Ini merupakan satu pencapain yang amat menggalakkan dan Guru Besar pula amat berpuas hati dengan keputusan ini.Semua ini adalah hasil usaha yang tidak henti-henti oleh guru-guru SKPB yang ingin melihat kejayaan dicapai oleh murid-murid mereka dan Insyaallah dengan berkat usaha ini akan melahirkan seramai mungkin murid mendapat 5A di dalam UPSR nanti.Insyaallah.

Tuesday, May 25, 2010

Hari Guru SKPB 2010

16 Mei merupakan hari memperingati jasa guru sebagai pendidik di sekolah dan disambut oleh semua guru dan murid di seluruh negara.16 Mei di SKPB mempunyai keunikannya tersendiri apabila semua tahap murid mengambil bahagian dalam persembahan di sekolah.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sukaneka,perlawanan bola tampar guru melawan murid dan banyak lagi.

Gotong Royong Perdana SKPB

Sabtu,15 Mei 2010 telah diadakan satu gotong royong perdana peringkat sekolah.

Monday, May 24, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform Di Bukit Kolam


Perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah SKPB telah diadakan di Pusat Ko-kurikulum Bukit Kolam,Kuala Berang pada 6 hingga 8 Mei 2010 baru-baru ini.Seramai 30 orang murid telah menyertai perkhemahan ini yang mewakili persatuan Pengakap dan Tunas Puteri.Kem komandan perkhemahan kali ini adalah Cikgu Izwan dan beliau telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali.Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada peserta dan diantaranya ialah 'wall climbing','flying fox','jungle tracking' dan kayak.

Wednesday, April 21, 2010

Kem Bestari Solat & Ceramah Pembentukan Kendiri

Pihak sekolah akan menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 2/ 2010 dan Ceramah Pembentukan Diri peringkat sekolah pada 24 April 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Kem Bestari Solat akan disertai oleh pelajar Tahap 1 manakala Ceramah Pembentukan Kendiri akan disertai oleh pelajar Tahap 2.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Saturday, April 17, 2010

Perkhemahan Pengakap: Penganugerahan Keris Perak

Seramai 6 orang pengakap kanak-kanak SK Paya Bunga telah dipilih untuk menyertai Perkhemahan Penganugerahan Keris Perak yang bertempat di SMK Bukit Guntong, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini menguji dan mengiktiraf pengakap kanak-kanak ini dalam beberapa aspek seperti ahli kembara, ahli pertolongan cemas dan lain-lain.

Tahniah kepada semua ahli Pengakap Kanak-Kanak yang telah lulus semua ujian dan layak menjadi Ketua Sekawan apabila pulang ke sekolah nanti. Semoga semua ilmu yang diperolehi semasa pekhemahan dapat dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat semasa perkhemahan ini.

Thursday, April 15, 2010

Smart Reader Competition

Kita semua sudah sedia maklum dengan agenda terkini negara iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris).

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan.

Smart Reader Competition peringkat sekolah rendah dan menengah telah diadakan pada 14 April 2010 yang lalu. Seramai 6 orang pelajar  ( 2 orang bagi setiap tahap; tahap 1, 2,3) telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini yang merangkumi pelbagai kaedah dan kemahiran dalam menyahut seruan kerajaan tersebut:

Peserta-peserta dinilai pada enam tahap berbeza seperti yang dinyatakan seperti berikut:

i. Silent Reading
ii. Reading Aloud (mechanical reading)
iii. Spelling
iv. Aural Oral Comprehension
v. Retell Story
vi. Wall Dictation

Tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam pertandingan ini.

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan dan bukan hanya membaca berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

Sehubungan dengan itu, pada 14 April 2010 yang lalu telah diadakan satu taklimat khusus oleh En Mohd Yusoff Mis, Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu. Taklimat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Apakah NILAM?
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha KPM untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mareka tamat persekolahan.

Matlamat program NILAM ini ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

Program ini adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.

Tuesday, April 6, 2010

Program Menyiapkan Kerja Rumah di Sekolah

Bermula 5 April 2010 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan Program Menyiapkan Kerja Rumah di Sekolah. Program ini bertujuan bagi menangani masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5. Program ini dijalankan pada setiap hari ahad, isnin dan rabu selama 40 minit selepas tamat waktu persekolahan. Bagi pelajar Tahun 6, program khas untuk UPSR telah diadakan.

Berdasarkan maklum balas ibu bapa, rata-rata bersetuju dengan program ini dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah. Mereka juga berterima kasih kepada guru-guru kerana mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak mereka.

Kem Motivasi UPSR

Pada 1 hingga 3 April yang lalu, pelajar-pelajar Tahun 6 telah menjalani satu Kem Motivasi UPSR bertempat di Motel Desa Kuala Terengganu. Semasa kem ini, pelbagai aktiviti telah diatur untuk memenuhi waktu yang ada sepanjang kem ini dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

i) ceramah motivasi
ii) 'ice-breaking'
iii) slot mata pelajaran
iv) dan lain-lain

Pemilihan tempat untuk kem kali ini sungguh sesuai untuk para pelajar kerana suasana motel yang damai dan tenang, terhindar dari kesibukan bandar memberi ruang maksimum kepada pelajar untuk menerima ilmu sebanyak yang mungkin. Pelajar juga diharapkan lebih bersemangat untuk belajar kerana peluang yang datang seperti ini mungkin tidak diperolehi oleh kumpulan pelajar yang lain.

Kepada semua pihak yang terlibat, budi kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Kepada pelajar Tahun 6, kami doakan kalian beroleh kejayaan yang diharap-harapkan.

p/s: nak tengok gambar yang lain, sila lihat album di bawah

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-28

Tanggal 26 Mac 2010 yang lalu, Mesyuarat Agong PIBG kali ke-28 telah diadakan dengan jayanya di Dewan SK Paya Bunga. Semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini diadakan. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran  Daerah Kuala Terengganu.

Sambutan Maulidur Rasul

 Selawat
Bersempena kelahiran Junjungan Besar Rasullullah S.A.W, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang dijayakan oleh semua warga sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

i) Selawat ke atas Rasul Junjungan yang diketuai oleh Ustaz Wan Zamri
ii) Tayangan video bertajuk Rasul Pembawa Rahmat
iii) Ceramah 

Slot untuk kuiz juga diadakan bagi menguji sejauh mana kefahaman murid terhadap tayangan video dan ceramah yang telah disampaikan. Semua murid kelihatan teruja dan bersemangat untuk menjawab soalan dan rata-ratanya memberikan jawapan yang betul. Syabas! Semoga semangat ini dapat diteruskan semasa proses P&P.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.
persembahan dari murid-murid

p/s: tahun depan lagi banyak hadiah..jangan lepaskan peluang

Saturday, March 27, 2010

Al Quran Online

Thursday, March 11, 2010

Panitia Bahasa Inggeris

Carta Organisasi | Perancangan Tahunan | Pelaporan Aktiviti


Carta Organisasi








Perancangan Tahunan









Laporan Aktiviti

Panitia Bahasa Melayu

Carta Or

Monday, March 1, 2010

Pendaftaran Alumni SK Paya Bunga





Senarai Pendaftaran Alumni SKPB

Saturday, February 27, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada 23 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah disambut pada 23 Februari 2011. Majlis memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dimulakan berselawat di tapak perhimpunan.


Majlis diteruskan dengan perarakan berjalan membawa sepanduk dan poster ke Surau As Sagoff sambil berselawat. Di Surau As Sagoff diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Ruzlin b. Jaafar, Imam Masjid Ladang, Kuala Terengganu.


Selesai Ceramah Agama, diadakan jamuan di kantin sekolah. Kemudian tayangan video "Muhammad Utusan Terakhir" diadakan.


Semoga dengan majlis sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada murid-murid dalam meraikan Hari-hari Kebesaran Islam seperti Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Majlis ini bagi menzahirkan perasaan sayang dan kasih kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, February 22, 2010

Bahan Sokongan Virtual Kelas

Ruang ini akan menyediakan sumber rujukan
dan bahan sokongan pengajaran bagi guru untuk melaksanakan
Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran



 Bahan Video Rujukan












Nota Rujukan

Sunday, February 21, 2010

Projek Virtual Classroom





Sejarah Perlaksanaan Projek Virtual Classroom di SK Paya Bunga adalah cetusan idea Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu- En Razali Bin Daud. Dalam proses menaraf SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Pengarah mencetuskan idea SK Paya Bunga melaksanakan kelas virtual bagi tahun 4, 5 dan 6.

Projek Virtual Classroom adalah merupakan satu elemen dalam Penarafan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu. Objektif utama JPN Terengganu memperkenalkan Projek Kelas Maya di SK Paya Bunga adalah sebagai Pusat Nukleus Pengalamian Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi sekolah-sekolah lain. Konsep ini telah diilhamkan oleh Tuan Pengarah PelajaranTerengganu - En Razali Bin Daud melalui lawatan pihak JPNT ke Korea dan Singapura.

TOP-IT sebagai pengeluar E-Book dan syarikat yang menghasilkan Inovasi baru dalam teknologi ICT telah menaja peralatan ICT seperti Smartboard Interaktif, E-Book, Projektor dan Notebook Guru bagi SK Paya Bunga. SK Paya Bunga berperanan sebagai perlaksana yang merancang mengikut acuan dan keperluaan murid di SK Paya Bunga. 







Saturday, February 20, 2010

Lokasi Sekolah


View Larger Map

Visi Dan Misi



Lagu Sekolah : Wawasan Kita


Wawasan kita bersama
Sekolah Paya Bunga
Bersama bersatu padu
Mencapai kecemerlangan

Sekolah kebanggaan kita
Sekolah yang tertua
Guru mendidik dan membimbing
Asas peningkatan

Berpegang pada amalan
Ilmu suluh hidup
Kearah wawasan pendidikan
Kecemerlangan bersama

Bersama menggenggam amanah
Menjunjung harapan negara
Demi membentuk diri sendiri
Tekun rajin usaha

Organisasi Pengurusan

Sejarah Sekolah


Sekolah Melayu Paya Bunga
Sejarah awalnya adalah berasal dari Sekolah Melayu Kampung Keling yang dibina atas rang dan dinding yang dibina dari batang pinang. Kedudukannya adalah di antara Pasar Payang dan Pejabat Kastam pada tahun 1912. Akibat kerosakan struktur rang batang pinang, maka sekolah ini di pindahkan ke kampung Patani dan pada 1919 ianya telah dipindahkan ke Kamopung Banggol dan seterusnya ditapak sekarang dan dikenali sebagai SK paya Bunga.

Sekolah Melayu Paya Bunga ini telah diasaskan oleh En Ali Bin Ngah, Haji Awang Yunus, Haji Wan Mamat @ Muhammad bin Megat Daud atau dikenali  sebagai Hj Muhammad Kemaman.Ketiga-tiga pengasas ini adalah pemegang saham terbesar Syarikat Lombong Bijih Timah Kajang, Kemaman, Terengganu.Bermula keluasaan  0.768 ekar, Syarikat Lombong ini telah membangunakan sebuah bangunan kayu dengan kos RM3500.00 pada tahun 1922.En Md. Dahlan bin Jaafar telah dilantik sebagai Guru Besar pertama di Sekolah Melayu Paya Bunga.

Perlaksanaan dasar Penyata Razak yang di umumkan pada 16 Mei 1956 telah menukarkan nama Sekolah Melayu Paya Bunga kepada Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

Monday, February 8, 2010

Program Motivasi & Pemuafakatan Ibubapa & Guru


Pada 8 Februari 2010 jam 8.45 pagi, satu program motivasi & pemuafakatan ibubapa guru telah diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid dan ibubapa mereka mengenai peperiksaan UPSR yang bakal diduduki nanti.Program ini juga didadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara guru,ibubapa dan murid-murid bagi menghasilkan kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR nanti.

Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Merentas Desa SKPB 2010


Pada 4 Februari 2010,kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan bertempat di persekitaran Dataran Shahbandar sehingga perkarangan pasaraya astaka.2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki(thn 4,5,6) dan kategori perempuan(thn 4,5,6).




Wednesday, January 20, 2010

Hari kecemerlangan murid 2009

Tuesday, January 19, 2010

Thursday, January 14, 2010

Carta Organisasi

Sunday, January 3, 2010

Yang Dihargai.....

SK Paya Bunga mengiktirafkan jasa dan usaha mana mana guru, pegawai KPM atau orang peseorangan yang berjasa kepada SK Paya Bunga melalui anugerah Kulit Muka Hadapan Majalah Sekolah. Ini merupakan satu  'trademark khas' dalam memberi penghargaan kepada mereka yang pernah memberi sumbangan kepada kepada SK Paya Bunga. Berikut adalah kulit majalah SKPB yang pernah dikeluarkan :-


Keluaran 2011 : Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu -
YM Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor atas jasa
beliau yang menjadi tulang belakang atau "bapa angkat Virtual Class"
bagi negeri Terengganu

Kulit Depan Majalah Sambutan 100tahun SK Paya Bunga
sebagai Institusi Pendidikan Tertua di Terengganu
(Keluaran Khas 2012 : Sempena Sambutan 100 tahun)


Mantan Pengarah Pelajaran Terengganu (2011) telah
mencetuskan Idea SK Paya Bunga sebagai sebuah sekolah
ICT dan sebagai Sekolah Elit Bandaraya Kuala Terengganu
(Keluaran Khas 2012 : Sempena Sambutan 100 tahun)



En Isa Bin Nik - CEO Syarikat TOP-IT yang telah menjadikan
SK Paya Bunga sebagai sebuah sekolah angkat TOP-IT
dan memasang semua peralatan Kelas Maya di SK Paya Bunga.
(Keluaran Khas 2012 : Sempena Sambutan 100 tahun)


Tn Timbalan Pengarah JPN Terengganu - Tn Hj Hashim Bin Mohd Zin yang banyak
membantu SK Paya Bunga dalam mempromosikan Pembelajaran Maya yang dilaksanakan
di SK Paya Bunga. Beliau juga telah merasmikan Sambutan 100tahun
SK Paya Bunga pada 11 Nov 2012.
(Keluaran Khas 2012 : Sempena Sambutan 100 tahun)


Pn Rohaya Ibrahim - Guru Besar SK Paya Bunga. Warga sekolah merasakan perlu
memberi penghargaan kepada Pn Rohaya atas usaha dan ketekunannya
membentuk SK Paya Bunga sebagai sekolah yang cemerlang
di peringkat akademik dan ICT.
(Keluaran Khas 2012 : Sempena Sambutan 100 tahun)