Sunday, June 26, 2011

Majlis Temu Murni Tahun 4, 5, dan 6 Sempena OTI 2






21 Jun 2011 - Majlis Temu Murni sempena Ujian OTI 2 ( Ujian Pertengahan Tahun ) telah diadakan bagi ibu bapa / penjaga murid-murid tahap 2. Taklimat pencapaian pelajar kepada ibu bapa telah disampaikan oleh Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga.

Ibu bapa / penjaga murid seterusnya bersama-sama guru-guru kelas untuk sesi perbincangan, menilai target ibu bapa murid dan menandatangani Rekod Pencapaian murid.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kecaknaan ibu bapa / penjaga yang hadir ke majlis Temu Murni ini. Semoga anak-anak kita akan lebih berjaya dalam ujian akan datang seterusnya UPSR bagi tahun 6 lebih cemerlang dan terbilang.

Wednesday, June 8, 2011

Lawatan Datuk Abdul Ghafar b. Mahmud - KPPM ke SK Paya Bunga









o7 Jun 2011 - Lawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( KPPM )- Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud untuk melihat sendiri perjalanan 'Virtual Class' di SK Paya Bunga. Lawatan Y.Bhg. Datuk KPPM selama 1 jam 15 minit telah melihat sendiri Pengajaran Pembelajaran di Kelas Maya untuk Tahun 4, 5 dan 6. Yang Berbahagia Datuk KPPM diiringi Puan Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya bt. Ibrahim semasa melihat pengajaran pembelajaran di Kelas Maya.

Lawatan yang turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu En. Razali bin Daud, Tim.Pengarah Pelajaran Trg, Tn.Haji Hashim bin Mat Zin, Ketua-ketua Sektor dan pegawai-pegawai JPNT dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu,CEO TOP IT Tuan Haji Mohd Isa b. Nik dan pegawai-pegawai TOP IT.

Sunday, June 5, 2011

Lawatan Deligasi Jabatan Pelajaran Sarawak ke SKPB






1 Jun 2011 - Lawatan Deligasi Pegawai Jabatan Pelajaran Sarawak ke 'Virtual Class' SK Paya Bunga. Pegawai-Pegawai JPN Sarawak telah diberi penerangan mengenai 'Virtual Class' dan mereka dibawa melihat sendiri perjalanan Pengajaran Pembelajaran di 'Virtual Class'.

Lawatan yang turut dihadiri Ketua Sektor Perkhidmatan ICT Jabatan Pelajaran Terengganu En. Nasir b. Ismail serta pegawai-pegawai JPNT , Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu En.Azahar b. Abu Bakar, dan CEO TPO IT Tuan Haji Mohd Isa b. Nik serta pegawai-pegawai TOP IT.

Taklimat mengenai perlaksanaan 'Virtual Class'di SK Paya Bunga telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SK Paya Bunga , Puan Rohaya bt. Ibrahim. Deligasi kemudiannya ke SK Kompleks Seberang Takir untuk melawat sekolah berkenaan.

Saturday, June 4, 2011

UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH..


Tahniah kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Paya Bunga,
En. Ahmad Suhaimi bin Said di atas penerimaan 'Anugerah Kepimpinan ICT' pada majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011. Semoga SKPB akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU



26 Mei 2011 - Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said selaku perasmi dan diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud.


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tersebut telah diadakan buat kali ke-40 secara gilang gemilang. Pelbagai pihak telah hadir dan turut menyumbang wang dan tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. Sekolah juga telah diwakili oleh Puan Guru Besar Pn. Rohaya bt Ibrahim dan seorang guru pengiring bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Turut serta, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Paya Bunga, En Ahmad Suhaimi bin Said bagi menerima Anugerah Pemimpin ICT pada majlis tersebut. Warga SKPB turut berterima kasih kepada pihak jabatan pelajaran negeri kerana telah memilih pemimpin dari SK Paya Bunga sebagai salah seorang penerima anugerah.