Wednesday, January 1, 2020

Tuesday, September 17, 2019

Larian 5km Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud dan Drawbridge 2019

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2019 (SABTU)
MASA : 08:00 PAGI
TEMPAT :DRAWBRIDGE K.TRG






LAWATAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) KE SEBAYA





Pada 5 September 2019 (Khamis) Sebaya telah merima kedatangan dari Warga KPM untuk kali kedua. Seramai 8 orang murid telah mengadakan persembahan teakwando yang hebat bagi menyambut kedatangan Warga KPM ke Sebaya. Aktiviti-Aktiviti sekolah yang disertai oleh murid-murid sebaya juga telah ditayangkan untuk tontonan Warga KPM yang hadir. Semoga Warga KPM yang hadir gembira datang ke Sebaya. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Sebaya.

PROGRAM ENGLISH FUN






Program English For Fun telah diadakan pada 29 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Dewan An-Nur Sebaya. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan dijayakan dengan sempurna oleh murid tahun 4  dan 5 2019. Semoga murid-murid mendapat ilmu daripada program ini.dan digunakan dengan sebaik mungkin.

MAJLIS SOLAT HAJAT CALON PPSR 2019








Alhamdulillah. Beryukur ke Hadrat IIlahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya kami warga sebaya telah dapat mengadakan satu majlis solat hajat untuk calon PPSR 2019 pada 28 ogos 2019 ( Rabu ) yang bertempat di Surau Syed As Sagof. majlis ini dihadiri oleh ibu bapa,guru dan murid sebaya. Aktiviti yang diadakan adalah Solat hajat, bacaan Yasin & motivasi bg calon PPSR 2019. Semoga calon PPSR 2019 mendapat kejayaan.

MAJLIS RESTU ILMU





Pada  28 0gos 2019 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Restu ilmu bertempat di dewan An-nur Sebaya. Murid yang terlibat adalah murid dari tahun 6. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kerjasama yang diberikan oleh murid-murid tahun 6 adalah sangat memuaskan.Semoga murid-murid tahun 6 akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PPSR 2019. 

Wednesday, August 28, 2019

BENGKEL MUDAHNYA MATEMATIK

TARIKH : 26 OGOS 2019 (ISNIN)
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AN-NUR SEBAYA