Saturday, July 28, 2012

PROGRAM INTEGRASI FACEBOOK DALAM P&P


PROGRAM INTEGRASI FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Tarikh : 17 Julai 2012
Masa : 2.00 PM
Tempat : Kelas Tahun 6 & Tahun 4

Program ini hasil usaha 2 guru pelatih SK Paya Bunga  bagi memberi pendedahan kepada guru dan murid mengenai peranan FACEBOOK yang boleh diaplikasikan dalam P&P. 


Program ini meliputi pengenalan asas dan aplikasi yang terdapat dalam FACEBOOK yang boleh digunakan untuk membantu guru dan menarik minat murid untuk belajar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Ustaz Zaki dan Ustazah Aliana diatas usaha mereka.




Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa...


Saturday, July 14, 2012

Anugerah Guru Terbilang Peringkat PPD Kuala Terengganu 2012


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sambutan Hari Guru 2012 yang diadakan pada 12 Julai 2012 di Dewan SMK Jeram. Guru Penolong Kanan 1 - SK Paya Bunga, Ahmad Suhaimi Bin Said telah dianugerahkan dengan Anugerah Guru Gemilang.  Tahniah buat Cikgu Ahmad Suhaimi.

Friday, July 13, 2012

SKPB membentangkan kertas kerja di Seminar Open Source MAMPU Sektor Awam Fasa III

11 Julai 2012 - SK Paya Bunga telah diberi kepercayaan bagi membentangkan Kertas Kerja di Seminar Open Source MAMPU Sektor Awam Fasa III di Hotel Permai, Kuala Terengganu.







Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik Serentak 1M 1S 1M - SK Paya Bunga







10 Julai 2012 - Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malayasia telah diadakan serentak seluruh negara tidak terkecuali Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Aktiviti yang diadakan pada Jam 8.00 pagi Selasa itu disertai oleh seluruh warga SKPB.

Senamrobik ini di kendalikan oleh salah sorang krew NSR Aerobik iaitu Kak Yah.

Thursday, July 5, 2012

Taklimat Perlaksanaan Pembelajaran Maya Bagi MGB Kuala Pilah, Negeri Sembilan









5 Julai 2012 - SK Paya Bunga dijemput untuk memberi Taklimat Perlaksanaan Pembelajaran Maya kepada Majlis Guru Besar Kuala Pilah di Bilik Persidangan BTPNT. Majlis penerangan yang anjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu

Wednesday, July 4, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SK Paya Bunga


28 Jun 2012 - Telah berlangsungnya Kejohanan Balapan Dan Padang SK Paya Bunga melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kejohanan yang bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga ke 12 tengah hari. Murid dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu Merah, Hijau dan Kuning. Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lontar peluru, dan sukaneka. Johan Keseluruhan dimenangi oleh rumah Hijau. Perasmian penutup kejohanan dirasmikan oleh En. Roslan b Mamat@Yusof, Penolong Pengarah MSSM/MSST Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.