Wednesday, May 22, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

            Pada 16 Mei 2013 Khamis,SK Paya Bunga turut menyambut Hari Guru peringkat sekolah yang bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda bertempat di dewan sekolah SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, lagu Biarku Menjadi Lilin dan lagu tema hari guru 2013 iaitu Tranformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Amran bin Mokhtar dan ucapan oleh Guru Besar, Pn. Rohaya binti Ibrahim.Seterusnya bacaan ikrar pula dibaca oleh Penolong Kanan HEM, En. Zulkifli bin Maliki.
           Majlis ini dimulakan dengan program bacaan Yassin,tahlil dan doa selamat.Majlis diteruskan lagi di dewan dengan pertandingan games dikalangan murid-murid dan acara spontan iaitu persembahan karaoke di kalangan guru-guru serta murid-murid yang begitu meriah.
           Seterusnya persembahan-persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 1 dan tahun 6 bagi mengenangkan jasa guru yang mengajar kepada mereka selama ini.Turut dijemput bekas-bekas guru besar SK Paya Bunga.Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada semua murid dan majlis ini diakhiri dengan menikmati jamuan tengah hari.

                            






           




Lawatan Guru Besar dan guru-guru ICT SK Padang Air ke SK Paya Bunga

8 Mei 2013 - Guru Besar SK Padang Air bersama guru-guru ICT telah datang ke SK Paya Bunga untuk melihat sendiri perjalanan Kelas Maya. Mereka telah diberi taklimat oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya Ibrahim mengenai penggunaan eBook dan Smartboard dalam pengajaran pembelajaran.Turut memberi taklimat, Cikgu Nasarudin ( Guru ICT SK Paya Bunga )yang memberi pengalaman kepada tetamu untuk menggunakan sendiri eBook dan Smartboard dalam Pengajaran Pembelajaran.