14 November 2013 - Pihak Pentadbir sekolah ini telah mengadakan Majlis
Penyampaian Keputusan UPSR bagi tahun 2013 bermula jam 10 pagi. Majlis ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pn Guru Besar bersama GPK dan guru-guru UPSR di
bilik Mesyuarat SKPB. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa murid calon UPSR
2013 dan beberapa orang wartawan dari akhbar juga turut hadir untuk mendengar taklimat.
Majlis ini telah
dilaksanakan di Dewan terbuka SK Paya Bunga bersama sama dengan ibubapa dan calon UPSR
2013. Dalam majlis ini Pn Guru Besar, Pn Rohaya binti Ibrahim telah
menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada calon UPSR dan guru-guru, PIBG serta semua pihak terlibat yang membantu dalam menaikkan prestasi UPSR pada tahun ini.
Dalam ucapan beliau menyatakan rasa terharu dan
menitiskan air mata di atas kejayaan sekolah ini kerana memperolehi pencapaian UPSR bagi 5A iaitu seramai 3 orang dan 4A 1B seramai 2 orang daripada 10 orang calon
yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Selain itu juga
pencapaian GPS sekolah turut meningkat naik dari 1.58 ke 1.36 dan menduduki 5 sekolah terbaik dalam negeri Terengganu pada tahun ini adalah merupakan rekod
terbaik SK Paya Bunga setakat ini. Alhamdulillah pihak sekolah telah
menyampaikan wang hadiah sebanyak RM50 kepada semua calon UPSR 2013. Ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada semua pihak terlibat yang mana menyokong dalam menjayakan program-program kecemerlangan UPSR yang dijalankan oleh sekolah sepanjang tahun ini.
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts
Tuesday, November 19, 2013
Wednesday, July 3, 2013
Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR
13 Jun 2013 - Pihak SK
Paya Bunga telah menganjurkan Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR selama 3 hari bertempat di SK Paya Bunga dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu.Objektif utama kem ini ialah untuk membuat sesi penekanan awal UPSR agar semua murid sedar dan bersedia
kepada peperiksaan UPSR.
Kem UPSR ini dijalankan pada 13 hingga 15 Jun 2013 selama 3 hari, melibatkan semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6) dalam kem ini dengan
pelbagai aktiviti termasuk kerohaniaan, motivasi dan kemahiran menjawab dalam peperiksaan UPSR nanti.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Para Penceramah
jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan
sehingga program Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR ini berjaya diadakan. Semoga anak-anak
murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam
peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah
Monday, February 11, 2013
Program Temu Murni Tahun 6 / 2013
Program Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 31 Januari2013 yang lalu. Program yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 adalah bertujuan untuk membincang pelbagai perkara mengenai pembelajaran anak-anak Tahun 6. Ini melibatkan program yang akan diadakan, prestasi anak-anak dan target UPSR 2013.
Taklimat dan perbincangan bersama Guru Besar - Puan Rohaya Ibrahim
Penerangan mengenai Prestasi anak-anak Tahun 6 oleh guru-guru matapelajaran
Tandatangan Aku Janji - Ibu bapa / penjaga, murid-murid dan Guru-guru untuk berusaha meningkatkan prestasi anak-anak Tahun 6 seterusnya mencapai Kecemerlangan dalam UPSR 2013 - InsyaAllah
Friday, April 6, 2012
Lawatan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Johor Baharu bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu Ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

26 Mac 2012 - Seramai hampir 40 orang pegawai-pegawai PPD, Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu, Johor yang diketuai oleh En. Kamaruddin,telah tiba di SK Paya Bunga untuk mengadakan lawatan dan melihat sendiri perjalanan Kelas Maya di sini.

Pegawai-pegawai serta rombongan telah ditaklimatkan oleh Puan Guru Besar, Pn.Rohaya Ibrahim dan Penolong Kanan Pentadbiran, En.Ahmad Suhaimi Said. Taklimat antara lain berkaitan Sejarah Sekolah ( sejak 1912 ) hingga ke Perlaksanaan "Virtual Class" di SK Paya Bunga. Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam e-Book dan penggunaan smartboard.

Para peserta rombongan diberi ruang untuk melihat pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Nyata mereka amat teruja dan tertarik dengan pengajaran pembelajaran yang dilihat.
En.Kamaruddin yang mengetuai deligasi telah menyampaikan sumbangan serta cenderamata kepada Puan Guru Besar, Pn.Rohaya dan sebaliknya juga cenderamata dari pihak SK Paya Bunga disampaikan kepada Ketua deligasi En.Kamaruddin.
Kami Seluruh Warga SK Paya Bunga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberi, semoga Allah s.w.t jua akan membalasnya.
Wednesday, April 4, 2012
Program Temu Murni OTI 1 bersama ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 hingga 6
21 Mac 2012 - Program bersama ibu bapa /penjaga murid diadakan selepas selesai murid-murid menjalani ujian OTI 1. Program yang bertujuan untuk melihat pencapaian anak-anak dan perbincangan bersama guru-guru untuk membaiki/ meningkatkan pencapaian dalam ujian akan datang juga untuk meletakkan target pencapaian anak-anak oleh ibu bapa / penjaga dalam ujian seterusnya hingga ujian akhir tahun.

Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Guru Besar, Puan Rohaya Ibrahim, yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.

Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.

Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Guru Besar, Puan Rohaya Ibrahim, yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.

Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.
Thursday, March 8, 2012
KELAS TAMBAHAN UPSR DALAM CUTI PENGGAL PERTAMA 2012
SK Paya Bunga akan mengadakan kelas Tambahan UPSR masa Cuti Penggal Pertama 2012 bagi semua murid tahun 6. Kehadiran diwajibkan kepada semua murid. Sila hubungi GPK1 atau Penyelaras UPSR jika ada sebarang pertanyaan.
| HARI | MATAPELAJARAN | 8.30 - 10.30 | 11.00 - 1.00 |
| GURU | |||
| SABTU | BAHASA MELAYU | SLOT 1 | SLOT 2 |
| NORAZMI AWANG | |||
| AHAD | MATEMATIK | TEKNIK MENJAWAB | SESI |
| JUNAIDAH HARON | PENCERAMAH LUAR | LATIHAN | |
| ISNIN | SAINS | SLOT 1 | SLOT 2 |
| MUSTAQIM | |||
| SELASA | BI | SLOT 1 | SLOT 2 |
| OH SIONG CHIN |
Sunday, January 1, 2012
Kelas Tambahan Malam UPSR 2012
PIBG dan Pengurusan Sekolah SK Paya Bunga akan mengadakan Kelas Tambahan Malam UPSR PERCUMA bagi Murid Tahun 6 bermula 18 March 2012. Objektif utama ialah memberi nilai tambah kepada semua murid tahun dalam aspek peningkatan prestasi UPSR.
Kelas akan bermula pada 8.00 malam - 10.00 malam. Pohon kerjasama Ibubapa untuk memberi komitmen bagi menghantar anak anda ke kelas berkenaan. Komitmen Ibubapa penyumbang utama kejayaan anak-anak tuan.
Kelas akan bermula pada 8.00 malam - 10.00 malam. Pohon kerjasama Ibubapa untuk memberi komitmen bagi menghantar anak anda ke kelas berkenaan. Komitmen Ibubapa penyumbang utama kejayaan anak-anak tuan.
| HARI | MATAPELAJARAN | GURU |
| AHAD | MATEMATIK | EN IZWAN |
| ISNIN | SAINS | EN MUSTAQIM |
| RABU | BAHASA MELAYU | EN NASARUDIN |
| KHAMIS | BAHASA INGGERIS | EN JUNAIDI |
Wednesday, December 28, 2011
KURSUS SERVER INTEL - CRITICAL APP SERVER
Participants were Mr. MD Nasarudin MD Hafsah, Ms. Fadzlina, Mrs. Rokiah Deraman (INTEL's School Teacher), Mr. Ahmad Suhaimi Said- GPK1 and Mr. Shah - EIO. Representatives from several district education office were also invited. Mrs. Norliza also joint us during the installation and the training as the representative of Malaysia INTEL.On the second day - we are trained on how to create the LMS, blogging (Moodle) and filtering.
The School would like to thank Mrs Norliza and Mr. Bernd - INTEL's Singapore engineer for the contribution of a set of school server .
Thursday, July 7, 2011
Kem Perdana SK Paya Bunga 2011
23 Jun hingga 25 Jun 2011 - Program Kem Perdana 2011 telah diadakan melibatkan murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5, dan 6 ) dan semua guru. Program Kem Perdana ini diadakan di Pusat Latihan Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu, Saujana, Setiu.
Pengisian Program Kem Perdana - Penekanan Teknik Menjawab / matapelajaran teras, motivasi, Solat hajat, Riadah ( senamrobik ), BBQ. Murid-murid dilihat begitu berminat, tekun, selesa, gembira dan ceria menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tempat belajar dan tempat tidur yang selesa dan berhawa dingin, memberi keselesaan yang baik kepada murid-murid untuk belajar.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Para Penceramah jemputan,PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan sehingga program Kem Perdana ini berjaya diadakan. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah.
Sunday, June 26, 2011
Majlis Temu Murni Tahun 4, 5, dan 6 Sempena OTI 2
21 Jun 2011 - Majlis Temu Murni sempena Ujian OTI 2 ( Ujian Pertengahan Tahun ) telah diadakan bagi ibu bapa / penjaga murid-murid tahap 2. Taklimat pencapaian pelajar kepada ibu bapa telah disampaikan oleh Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga.
Ibu bapa / penjaga murid seterusnya bersama-sama guru-guru kelas untuk sesi perbincangan, menilai target ibu bapa murid dan menandatangani Rekod Pencapaian murid.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kecaknaan ibu bapa / penjaga yang hadir ke majlis Temu Murni ini. Semoga anak-anak kita akan lebih berjaya dalam ujian akan datang seterusnya UPSR bagi tahun 6 lebih cemerlang dan terbilang.
Monday, May 9, 2011
Program Khan Academy Untuk SK Paya Bunga
SK Paya Bunga dalam proses menyertai Khan Academy bagi penglibatan murid dalam 'Online SAL' secara online. Khan Academy merupakan satu projek pembelajaran kendiri berteraskan Video dan Tutorial. Terdapat 53,381,725 video pembelajaran matematik dan sains bermula tahap sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah.
Saturday, April 9, 2011
Kursus SMART Board Interactive Whiteboard
Kursus untuk guru-guru SK Paya Bunga diadakan pada 9 April 2011. Kursus ini diwajibkan kepada semua guru-guru SKPB untuk memantapkan lagi penggunaan Smart board dlm pengajaran pembelajaran. Kursus dibahagikan kepada 2 slot :
- Sesi 1- Pendedahan Skype oleh PK1 En.Ahmad Suhaimi Said.
- Sesi 2- SMART Board Interactive Whiteboard oleh Pn.Adilah Nisman, EP-TEC Solutions Sdn.Bhd, Seri Kembangan,Selangor.
Saturday, April 2, 2011
Majlis Temu Murni Tahun 4 dan 5 / 2011 - 30 Mac 2011
Majlis Temu Murni Tahun 4 dan Tahun 5 diadakan pada 30 Mac 2011. Majlis yang juga bertujuan untuk melihat pencapaian murid dalam Ujian OTI 1. Kehadiran ibubapa amat baik.
Taklimat dan Motivasi ringkas sebagai alu-aluan daripada Puan Guru Besar.
Aturcara majlis :
- Tayangan / Pembentangan Prestasi OTI 1 - Kad Bergambar
- Ikrar Janji Murid
- Sesi tandatangan Kad Ikrar Janji Murid
- Sesi tandatangan Kad Pelaporan pencapaian OTI 1
- Perbincangan dengan guru subjek
Pihak sekolah mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada para ibubapa yang dapat bersama-sama menjayakan majlis ini.
Tuan/puan adalah ibubapa yang cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






