Monday, January 16, 2017

GOTONG ROYONG SKPB BERSAMA SARANA SEKOLAH

14 JANUARI 2017 - SABTU : Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga bersama sama Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) telah mengadakan gotong royong membersih, menceria dan membalut meja pelajar dengan jayanya. Komitmen padu daripada seluruh ibu bapa pelajar menggambarkan bahawa SKPB adalah " rumah " kedua mereka mendidik anak- anak bagi memastikan masa depan mereka terjamin.


Ibubapa dan Guru berkerjasama menceriakan kelas

       Justeru itu, ibu bapa sanggup meluangkan masa berganding bahu dengan para guru bagi memastikan keselesaan anak anak pelajar diutamakan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya Pn. Guru Besar, Pn Roslina bt Ariffin yang mengetuai gotong royong ini.


En Zamri bin Yusof (YDP PIBG) turut hadir memeriahkan suasana.


Pn Guru Besar berbincang sesuatu dengan YDP berserta ibu bapa yang yang hadir.


Wednesday, January 11, 2017

MESYUARAT AGONG KOKURIKULUM

10 JAN 2017 - Bidang Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah memulakan pertemuan sulong sessi 2017 dengan mengadakan mesyuarat Agong bagi setiap unit yang terletak di bawah bidang tersebut. Sebanyak empat pasukan Unit Beruniform , empat Kelab & persatuan dan 5 Permainan & Sukan berjaya mengadakan pemilihan AJK masing- masing.


Pelajar mengemukakan cadangan masing - masing.

        Sepanjang sesi pemilihan itu, para pelajar telah dibimbing oleh guru penasihat masing- masing tentang cara pemilihan yang sebenar. Pendedahan berpesatuan sebegini telah menarik minat pelajar untuk lebih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan membina jati diri serta sahsiah cemerlang.


Guru penasihat membimbing pemilihan AJK

       Majlis yang bermula pada jam 1.30 petang itu berakhir dengan pemilihan AJK permainan dan sukan pada jam 3 30 petang.

Tuesday, January 10, 2017

SERAHAN BANNER DARIPADA MASJID ABIDIN, KUALA TERENGGANU

9 JANUARI 2017 - Pihak Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah menerima kunjungan daripada Masjid Abidin Kuala Terengganu ( Masjid Putih ). Rombongan seramai 6 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Aizi Saidi bin Abd Aziz, Imam Besar Negeri Terengganu tiba seawal jam 9 30 pagi itu, berjaya menyerahkan sekeping banner "Akhlak Pelajar Cemerlang " kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan kerjasama pihak masjid dan sekolah bagi melahirkan insan terpilih sejajar dengan matlamat Mentransformasikan Pendidikan Terengganu ( MTP ).


Guru - guru bergambar kenangan bersama rombongan Masjid Abidin


          Selain itu , matlamat daripada kunjungan ini juga bertujuan melebar luaskan medium sebaran maklumat setiap aktiviti masjid kepada masyarakat umum, Puan Roslina binti Ariffin , Guru Besar SK Paya Bunga telah berjaya mendapat kata sepakat untuk menjalinkan hubungan dengan pihak masjid, terutamanya penganjuran aktiviti - aktiviti berkaitan sambutan kebesaran islam dan program program peningkatan diri secara bersama.

          Di akhir pertemuan singkat ini, pihak masjid telah menyampaikan cenderahati berupa kitab hadis " Riyadus Solihin " sebagai tanda kenang kenangan.


Puan Roslina Arifin menerima cenderahati daripada Imam Besar Negeri Terengganu