Friday, February 24, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.






17 Februari 2012 - SK Paya Bunga mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 di Dewan Terbuka sekolah. Majlis bermula dengan ucapan YDP PIBG, En.Safaruddin bin Mustaffa. Diikuti ucapan oleh Puan Guru Besar, Pn.Rohaya bt. Ibrahim. Kehadiran Wakil Yg.Berbahgia Dato'Hj.Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, En.Ibrahim bin Omar telah merasmikan mesyuarat pada kali ini. Turut hadir Tim.Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, En.Azahar bin Abu Bakar yang juga telah menyampaikan ucapan beliau.

Guru-Guru dan J/Kuasa PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dif-Dif serta ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Juga ucapan terima kasih tak terhingga kepada En.Zaid yang telah menyumbang jamuan sempena majlis ini.

Wednesday, February 22, 2012

ACARA MERENTAS DESA DAN SUKANNEKA SKPB 2012



16 FEB 2012 - SK Paya Bunga telah menganjurkan Pertandingan Merentas Desa dan Sukan neka peringkat sekolah  di Taman Tamadun Islam. Rumah Hijau telah memenangi acara Merentas Desa dan Piala Pusingan bagi secara Keseluruhan.

Tuesday, February 14, 2012

Lawatan dan Kajian Penggunaan E-Book dan Projek Sekolah Maya INTEL- UPSI



12 Feb 2012 - Pasukan Kajian dari UPSI dan  Syarikat INTEL Carlifornia, US telah datang melawat dan membuat kajian Penggunaan E-Book dan perlaksanaan Kelas Maya di SK Paya Bunga. Rombongan ini telah diberi taklimat tentang Perlaksanaan Projek Virtual School oleh Pn Rohaya Ibrahim. Sesi temubual dengan guru-guru dan murid-murid serta Penyeliaan Pengajaran Guru akan dilaksanakan pada 14 Feb 2012.

Objektif kajian adalah melihat keberkesanan penggunaan E-book di negeri Terengganu. 3 buah sekolah lain yang terlibat ialah SK Bukit Tumbuh, SK Padang Air dan SK Gelugur. Selain dari itu pasukan ini turut menemubual ahli Kerajaan Negeri Terengganu.

Diharap kajian ini akan dapat menaikkan nama Jabatan Pelajaran Terengganu serta nama negeri Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu.

Wednesday, February 8, 2012

Berita dari Majalah Computerworld Malaysia dan Singapore


Mempromosi Perlaksaan ICT di Negeri Terengganu Darul Iman serta
Kecemerlangan Pendidikan Terbilang Jabatan Pelajaran Terengganu di INTEL Talk Show,
The Curves - Damansara. Kuala Lumpur


Sunday, February 5, 2012


[klik pada imej untuk paparan yang besar]

Thursday, February 2, 2012

Selamat Datang dan Berpraktikum....

Ustaz Abdullah Zaki
Ustazah Aliana

Warga SK Paya Bunga mengucapkan selamat Datang kepada kedua Peserta Praktikum dari Institut Perguruan Dato Razali ke SK Paya Bunga. Sepanjang Sesi Praktikum, peserta akan terlibat dengan beberapa aktiviti sekolah seperti:-
  • Sesi Perkongsiaan Profesion - Pn Rohaya Ibrahim (Guru Besar)
  • Sesi  Orientasi Sekolah 
  • Sesi  Latihan ICT (Weekly IT Update) : Developing Interactive Items | Virtual Class Courses : Cik Fadzlina | En Ridzwan | En Hadi | En Ahmad Suhaimi
  • Sesi Penyeliaan Guru Pembimbing : Ustazah Roslina | Ustaz Wan Zamri
  • Sesi Penyeliaan Pensyarah Maktab
  • Sesi Pengajaran dan Mesyuarat Panitia dan Sekolah
  • Program Tasmik dan Kerohaniaan Sekolah
  • Program Sukan dan Merentas Desa Peringkat Sekolah 
Semoga anda berdua mendapat Ilmu dan pengalaman yang bermanfaat di SK Paya Bunga.

LOW YATT Web : Berita Penglibatan SK Paya Bunga Talk Show INTEL

Sumber : http://www.lowyat.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=6114&Itemid=2