Showing posts with label Lawatan Luar. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Luar. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

Lawatan Penanda Aras dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail,Batu Rakit













5 Mac 2014 - Seramai 26 orang penuntut dengan diiringi oleh seorang pensyarah dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit  telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Paya Bunga pada 5 Mac 2014. Kunjungan ini telah sampai ke SKPB pada jam 8.30 pagi.
              Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada para bakal guru-guru ini kepada situasi sebenar berada di sekolah sebelum mereka memulakan sesi praktikum pada semester akan datang. Ketibaan mereka disambut oleh barisan pentadbir sekolah dan majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En.Suhaimi b. Muhammad, Guru Besar SKPB dan memberi penerangan tentang profil sekolah ini.
               Seterusnya rombongan ini dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik Makmal Sains, Makmal Komputer, Pemulihan, Perpustakaan dan seterusnya bilik Kemahiran Hidup serta Muzik. Di samping itu juga turut diadakan sesi beramah mesra antara murid-murid dengan para bakal guru dan sesi soal jawab.Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.



Tuesday, June 25, 2013

Lawatan INTEL Bersama Media ke SK Paya Bunga

          17 Jun 2013 - pihak INTEL membawa bersama dengan para media News Strait Times, Kosmo, Harian Metro dan Digital News Asia telah datang ke SK Paya Bunga untuk membuat liputan mengenai kejayaan negeri Terengganu melaksanakan projek e-book dan perlaksanaan "Virtual Class" dalam pengajaran dan pembelajaran .Turut hadir dalam lawatan ini ialah wakil JPNT dan wakil dari kilang TOP-IT.
         Tujuan dalam lawatan ini untuk melihat sendiri kejayaan yang direkodkan oleh tenaga pengajar serta murid-murid sekolah ini setelah dibekalkan dengan e-book dan smartboard oleh kerajaan negeri Terengganu.
         Selain itu,tujuan lawatan ini juga pihak media akan menghasilkan satu liputan meluas dan positif berkenaan projek e-book dan perlaksanaan "Virtual Class" kerana ia adalah satu projek yang boleh dibanggakam oleh kerajaan negeri Terengganu.
          Mereka telah diberi taklimat oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya Ibrahim dan Guru Besar SK Bukit Petiti, Encik Ahmad Suhaimi Said mengenai penggunaan eBook dan Smartboard dalam pengajaran dan  pembelajaran.Turut memberi taklimat, Cikgu Nasarudin ( Guru ICT SK Paya Bunga ) dan Ustaz Ridwan untuk memberi taklimat dan penerangan kepada para media tentang cara-cara penggunaan dan perlaksanaan eBook dan Smartboard dalam Pengajaran Pembelajaran.

GB SK Paya Bunga Puan Rohaya dan GB SK Bukit Petiti Encik Ahmad Suhaimi
 memberi taklimat kepada para media



Para media dari NST, Harian Metro, Kosmo dan Digital News Asia



Wednesday, May 22, 2013

Lawatan Guru Besar dan guru-guru ICT SK Padang Air ke SK Paya Bunga

8 Mei 2013 - Guru Besar SK Padang Air bersama guru-guru ICT telah datang ke SK Paya Bunga untuk melihat sendiri perjalanan Kelas Maya. Mereka telah diberi taklimat oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya Ibrahim mengenai penggunaan eBook dan Smartboard dalam pengajaran pembelajaran.Turut memberi taklimat, Cikgu Nasarudin ( Guru ICT SK Paya Bunga )yang memberi pengalaman kepada tetamu untuk menggunakan sendiri eBook dan Smartboard dalam Pengajaran Pembelajaran.



Sunday, April 7, 2013

Lawatan Pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ke SK Paya Bunga

20 Mac 2013 - Seramai 8 orang pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, telah tiba di SK Paya Bunga untuk mengadakan lawatan dan melihat sendiri perjalanan Kelas Maya di sekolah ini.


Cikgu Junaidi menerangkan tentang penggunaan Kelas Maya


Jamuan bersama Pegawai-pegawai DBP

BERGAMBAR BERSAMA DENGAN  PEGAWAI DBP


Thursday, July 5, 2012

Taklimat Perlaksanaan Pembelajaran Maya Bagi MGB Kuala Pilah, Negeri Sembilan









5 Julai 2012 - SK Paya Bunga dijemput untuk memberi Taklimat Perlaksanaan Pembelajaran Maya kepada Majlis Guru Besar Kuala Pilah di Bilik Persidangan BTPNT. Majlis penerangan yang anjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu

Thursday, June 21, 2012

Lawatan Pengarah BTP Kem.Pel.Malaysia ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu

 

10 Jun 2012 - Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Hjh. Rosnani telah datang ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Wednesday, May 16, 2012

Lawatan Guru-Guru dan Murid-Murid SK Sungai Berua, Hulu Terengganu ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

5 Mac 2912 - Seramai 35 orang murid dan 7 orang guru dari SK Sungai Berua telah datang ke SK Paya Bunga. Antara lain program lawatan adal untuk melihat sendiri pengajaran pembelajaran yang dijalankan di kelas maya. Warga SK Sungai Berua, diberi taklimat ringkas oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya bt. Ibrahim.

 

Murid-murid SK Sungai Berua telah diberi pasangan dari SK Paya Bunga untuk program belajar bersama menggunakan e-Book di kelas masing-masing.Mereka diberi peluang untuk menggunakan e-Book dan Smartboard yang dikendalikan oleh guru kelas. 


Adalah diharapkan dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua buah sekolah. Lawatan balas akan diadakan bulan Jun.



Tuesday, February 14, 2012

Lawatan dan Kajian Penggunaan E-Book dan Projek Sekolah Maya INTEL- UPSI



12 Feb 2012 - Pasukan Kajian dari UPSI dan  Syarikat INTEL Carlifornia, US telah datang melawat dan membuat kajian Penggunaan E-Book dan perlaksanaan Kelas Maya di SK Paya Bunga. Rombongan ini telah diberi taklimat tentang Perlaksanaan Projek Virtual School oleh Pn Rohaya Ibrahim. Sesi temubual dengan guru-guru dan murid-murid serta Penyeliaan Pengajaran Guru akan dilaksanakan pada 14 Feb 2012.

Objektif kajian adalah melihat keberkesanan penggunaan E-book di negeri Terengganu. 3 buah sekolah lain yang terlibat ialah SK Bukit Tumbuh, SK Padang Air dan SK Gelugur. Selain dari itu pasukan ini turut menemubual ahli Kerajaan Negeri Terengganu.

Diharap kajian ini akan dapat menaikkan nama Jabatan Pelajaran Terengganu serta nama negeri Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu.

Saturday, September 24, 2011

Lawatan Rombongan Pensyarah Perguruan Afganistan (MEAPA) ke SK Paya Bunga




18 September 2011 - Seramai 45 orang dari Rombongan MEAPA (Australia Educational Projects For Afghanistan) telah datang melawat SK Paya Bunga. Objektif  lawatan ialah melihat perlaksanaan Projek Virtual Class di SK Paya Bunga. Taklimat Perlaksanaan telah disampaikan oleh GPK1 dan diterjemaahkan oleh En Sharif ke dalam bahasa Pastor. Rombongan ini diringi oleh Pegawai SUK Negeri Terengganu dan Pegawai dari JPNT serta PPDKT

Pihak rombongan juga dibawa melawat beberapa kelas yang melaksanakan pembelajaran menggunakan E-Book dan komponen alatan Virtual Class yang dikendalikan oleh En Nasarudin (Bahasa Melayu), En Izwan (Matematik)dan Pn Roslina (Agama Islam).


Pada majlis ini juga diadakan tandatangan bagi MOU pihak SK Paya Bunga dengan pihak MEAPA yang diwakili oleh Pn Rohaya Ibrahim dan Puan Kamariah bagi pihak MEAPA.



Friday, August 12, 2011

Lawatan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM ke Kelas Maya SK Paya Bunga.






11 Julai 2011 - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kem.Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Datuk Haji Isa bin Haji Abu, telah datang melihat sendiri perjalanan Pengajaran Pembelajaran di Kelas Maya SK Paya Bunga.

Beliau turut diiringi pegawai-pegawai dari Kem.Pelajaran Malaysia, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Tn Hj.Hashim bin Mat Zin, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai JPNT, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan turut mengiringi CEO TOP IT Tuan Haji Mohd Isa b. Nik.


Selesai melawat ke Kelas, beliau diberi taklimat oleh Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga.