Sunday, October 20, 2013

Lawatan ke Pulau Pinang





















5 Oktober hingga 7 Oktober 2013-  Seramai 33 orang murid dan guru SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Amran dan beberapa orang guru termasuk Cikgu Fadzlina, Cikgu Zulkifli, Lutfi, Ustazah Zaipah dan Ustazah Ain bersama-sama murid tiba di tempat penginapan di Batu Ferringhi kira-kira jam 5.30 petang.
     Pada keesokkan hari, murid-murid dibawa melawat ke tempat yang hendak ditujui iaitu Bukit Bendera. Kami menghabiskan masa hampir 3 jam di Bukit Bendera untuk melihat pemandangan di sekitar kawasan itu yang cukup indah dan sempat juga kami singgah di tempat-tempat yang menarik terdapat di situ. Pada sebelah petang pula, kami melawat ke Taman Rama-Rama, Toy Museum Heritage, Penang National Park dan Pantai Batu Ferringhi untuk melihat keindahan alam dan pemandangan pantai di sini.
     Hari terakhir di Pulau Pinang , kami bergerak awal balik menuju ke pusat membeli belah di KOMTAR dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati masakan iaitu Nasi Kamdar dan juga membeli pelbagai jenis jeruk yang terkenal tempat di situ sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
     Kami selamat tiba di SK Paya Bunga kira-kira pada jam 12.30 pagi hari selasa. Sesungguhnya lawatan ini banyak dapat membuka minda murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di tempat negeri orang yang telah kami lawati dalam lawatan ini.



1 comment: