Wednesday, October 31, 2012

Mesyuarat Akhir Sambutan 100tahun SK Paya Bunga


30 OKTOBER 2012 - SK Paya Bunga telah mengadakan Mesyuarat Laporan Persiapaan Yang Terakhir Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga. Objektif mesyuarat adalah bagi melaporkan persiapaan terakhir yang telah dibuat oleh semua Jawatankuasa kerja yang telah dilantik. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Junaidi Mokhtar selaku Penyelaras Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga.


Wednesday, October 17, 2012

MAKLUMAN PERGERAKAN PEGAWAI SK PAYA BUNGA DI BLOG RENDAH JPN TERENGGANU BERMULA OKTOBER 2012




Petikan dari Berita dari Unit Rendah, JPN Terengganu


Tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat atau bertukar sekolah sama ada sebagai Guru Besar dan juga GPK. Harapan jabatan perubahan posisi dan kedudukan tuan/puan akan menjadi lebih baik untuk diri dan untuk sekolah yang diamanahkan.

Kita percaya bahawa tuan/puan yang bersedia memikul tugas dan amanah ini tahu beban dan cabarannya. Oleh yang demikian pihak jabatan berharap tuan/puan sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran . Dan kita penuh yakin tuan/puan mampu menghadapi cabaran dan perubahan ini jika sentiasa terbuka untuk belajar dan berkongsi dengan orang lain terutama ahli-ahli organisasi di bawah pimpinan tuan/puan.

Sumber : Blog Unit Rendah, JPN Terengganu

Saturday, October 6, 2012

Kem Kemahiraan Belajar Bagi Tahap 2



26 September 2012 - Satu Kem Kemahiran Belajar telah diadakan bagi semua murid Tahap 2. Program ini juga merupakan salah satu program bagi PASCA UPSR murid Tahun 6. SK Paya Bunga telah menjemput Cik Norlizawati Bt Abd Rahman – Penolong Pegawai Tadbir (Program Khas) Yayasan Terengganu sebagai Fasilitator Kursus.

Antara objektif program ini adalah memberi kemahiran kepada murid amalan berkesan dalam belajar termasuk elemen kreativiti dan pemikiram kritis. 







Perasmiaan Kem Kemahiran Belajar SK Paya Bunga oleh Tn Pengarah Yayasan Terengganu






26 September 2012 - SK Paya Bunga telah menjemput Pengarah Yayasan Terengganu - En Zakaria Bin Yusof bagi merasmikan Program Kemahiran Belajar bagi Semua murid Tahap 2. Turut hadir semua Ibubapa tahap 2. 

Selepas perasmiaan Kem berkenaan, Tuan Pengarah Yayasan Terengganu telah diberi Taklimat Profil Sekolah dan Perjalanan Projek Kelas Maya SK Paya Bunga. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Guru Besar dan GPK 1 SK Paya Bunga. Taklimat dan perkongsiaan telah berlangsung selama 3 jam yang juga diturut serta oleh semua GPK SK Paya Bunga.  

SK Paya Bunga mengucapkan ribuan Terima Kasih atas kesudian Tuan Pengarah dan mengharapkan agar sekolah ini dijadikan anak angkat Yayasan Terengganu.