Sunday, July 24, 2011

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

21 Julai 2011 - SK Paya Bunga menerima Lawatan Kerja Timbalan Pengarah BTP - Pn Rosnani Bt Mohamed Ali bagi menijau perlaksanaan Projek Rintis Virtual Class di SK Paya Bunga. Taklimat Perlaksanaan telah disampaikan oleh GPK 1. Penerangan yang diberi menyentuh cara pengoperasiaan, mod-mod pembelajaran, kompenan alatan dan impak perlaksanaan. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah En Azman Othman selaku Ketua Unit PICT, BTPN Terengganu.

Saturday, July 9, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SK Paya Bunga di Taman Tamadun Islam











2 Julai 2011 - Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia berlangsung di seluruh negara. Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah memilih Taman Tamadun Islam sebagai lokasi larian tersebut.

Larian disertai murid-murid tahap 2 dan semua warga sekolah. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum larian bermula. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah begitu bersemangat untuk sama-sama berlari.

Larian telah dilepaskan oleh En. Mustafar bin Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Beliau turut sama berlari bersama-sama murid-murid dan guru-guru. Setelah selesai larian, diadakan pula aktiviti sukaneka dan senamrobik.

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man serta pegawai-pegawai terlibat di atas kebenaran dan kerjasama pihak TTI sehingga Program Larian Serentak 1M1S1M berjaya dijalankan.

Friday, July 8, 2011

Lawatan Guru-guru SK Sri Gedung, Sungai Petani,Kedah ke SKPB






30 Jun 2011 - Lawatan Guru-Guru seramai 35 orang dari SK Sri Gedung, Sungai Petani, Kedah ke SK Paya Bunga. Rombongan diberi taklimat ringkas mengenai Sekolah Kebangsaan Paya Bunga serta perlaksanaan "Virtual Class". Dalam lawatan singkat yang diketuai oleh Guru Besar En. Abu Bakar itu, guru-guru SK Sri Gedung sempat melihat pengajaran pembelajaran di Virtual Class.

Thursday, July 7, 2011

Kem Perdana SK Paya Bunga 2011











23 Jun hingga 25 Jun 2011 - Program Kem Perdana 2011 telah diadakan melibatkan murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5, dan 6 ) dan semua guru. Program Kem Perdana ini diadakan di Pusat Latihan Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu, Saujana, Setiu.

Pengisian Program Kem Perdana - Penekanan Teknik Menjawab / matapelajaran teras, motivasi, Solat hajat, Riadah ( senamrobik ), BBQ. Murid-murid dilihat begitu berminat, tekun, selesa, gembira dan ceria menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tempat belajar dan tempat tidur yang selesa dan berhawa dingin, memberi keselesaan yang baik kepada murid-murid untuk belajar.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Para Penceramah jemputan,PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan sehingga program Kem Perdana ini berjaya diadakan. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah.