Thursday, May 29, 2014

Minggu Kecerdasan SK Paya Bunga


26 Mei 2014 -  Satu program senamrobik telah diadakan sempena Minggu Kecerdasan bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Program ini disertai oleh semua murid dan guru SK Paya Bunga bermula jam 8.00 pagi hingga 9 .00 pagi kira-kira selama satu jam. Program senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Wan Nadiah bersama dengan guru-guru yang lain.Selepas itu, turut diadakan juga aktiviti gotong-royong membersih dan keceriaan di dalam bilik kelas dan sekitar kawasan sekolah.

Tuesday, May 27, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

18 Mei 2014 - Warga Guru SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei yang lalu dan bertemakan Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.Majlis ini diadakan bertempat di dewan terbuka sekolah ini. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, lagu Biarku Menjadi Lilin dan lagu tema hari guru 2014 iaitu Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Junaidah binti Harun dan Penolong Kanan HEM, En. Zulkifli bin Maliki serta ucapan oleh Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad.Seterusnya bacaan ikrar pula dibaca oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Amran bin Mokhtar.

Tuesday, May 6, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform

17 April 2014 - Perkhemahan Unit Berunifrom SK Paya Bunga telah diadakan bermula 17 hingga 19 April 2014 selama tiga hari dan dua malam telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 55 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan ini yang terdiri daripada semua murid tahap 2 dan turut disertai juga semua murid tahun 3. Perkhemahan ini diadakan bertempat di kawasan Dataran SK Paya Bunga.