26 Mei 2014 - Satu program senamrobik telah diadakan sempena Minggu Kecerdasan bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Program ini disertai oleh semua murid dan guru SK Paya Bunga bermula jam 8.00 pagi hingga 9 .00 pagi kira-kira selama satu jam. Program senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Wan Nadiah bersama dengan guru-guru yang lain.Selepas itu, turut diadakan juga aktiviti gotong-royong membersih dan keceriaan di dalam bilik kelas dan sekitar kawasan sekolah.
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Tahniah kepada warga SK Paya Bunga kerana telah berjaya mengadakan program ini dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment