Monday, June 30, 2014

Program Ceramah Israk Mikraj dan Sambutan Ambang Bulan Ramadhan Al-Mubarak



23 Jun 2014 - Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Program Ceramah Israk Mikraj dan Sambutan Ambang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Program ini diadakan pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sk Paya Bunga.Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput ustaz dari Imam Masjid Sultan Ismail, Chendering iaitu Ustaz Ahmad Roslim Jaafar untuk menyampaikan ceramahnya

          Sambutan ini diadakan  bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup ini. Diharap program ini dapat  menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang berteraskan Islam. 







No comments:

Post a Comment