Wednesday, July 30, 2014

Majlis Khatam Al-Quran


23 Julai 2014 -Panitia Agama Islam dengan julung kalinya telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran.Majlis ini yang telah diadakan pada 23 Julai 2014,Rabu bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan,bacaan doa dan ucapan Tuan Guru Besar.Kemudian,seramai 16 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan b Mahmud telah memulakan majlis khatam Al-Quran.
               Selesai majlis khatam Al-Quran,majlis diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan cenderamata kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam program khatam Al-Quran tersebut. Selepas itu diteruskan lagi dengan ceramah Ihya Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan b Mahmud kepada para hadirin yang datang dan setelah selesai majlis, para tetamu telah dijemput berbuka puasa bersama-sama dan dikuti solat Maghrib secara berjemaah.













No comments:

Post a Comment