Wednesday, August 27, 2014

Sambutan Hari Raya 2014


7 Ogos 2014 - Majlis Sambutan Hari Raya 2014 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis 7 Ogos 2014 bersamaan 11 Syawal 1435.Majlis ini dimulakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan SK Paya Bunga.
          Majlis Sambutan Hari Raya ini merupakan satu program sekolah yang diadakan setiap tahun bagi tujuan untuk meraikan warga SK Paya Bunga bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri 1435H dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga sekolah ini.Turut diadakan juga Majlis Perpisahan buat 2 orang guru pelatih yang telah tamat latihan praktikum dan juga seorang guru yang telah berpindah ke sekolah lain iaitu Cikgu Junaidi.

         Majlis ini diserikan lagi dengan acara potongan kek sempena Hari Jadi para guru dan murid-murid.Majlis ini turut serta mengadakan acara persembahan nyanyian murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 dan para guru turut serta mendendangkan lagu-lagu raya dan lagu perpisahan kepada 2 orang guru praktikum dan seorang guru yang telah berpindah .
         Pelbagai juadah hidangan dapat disediakan iaitu nasi minyak, laksa Terengganu,sate dan kuih-kuih raya dihidangkan.Majlis ini selesai pada kira-kira jam 12.30 tengah hari..

























No comments:

Post a Comment