Tuesday, February 25, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

14 Februari 2014 - PIBG sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 32 yang bermula pada jam 3 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Hj Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri . Majlis perasmian berjalan lancar dimulai dengan ucapan YDP PIBG, En.Shafarudin bin Mustafa, diikuti ucapan Encik Suhaimi bin Muhammad, Guru Besar SK Paya Bunga, dan ucapan perasmian oleh Yg.Berbahagia Hj Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan PPD Kuala Terengganu.
             Majlis ini turut diadakan acara penyampaian cenderamata kepada murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2013. Terima kasih kepada semua ibu bapa  yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Bunga kali ke-32 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SK Paya Bunga.



















Wednesday, February 19, 2014

Lawatan Penanda Aras dari Jabatan Kenaziran Negara Brunei Darussalam

3 Februari 2014 - SK Paya Bunga telah dikunjungi oleh deligasi dari dari Jabatan Kenaziran Negara Brunei Darussalam. Objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk melihat perlaksanaan "Virtual Classroom" di negeri Terengganu khususnya di SK Paya Bunga ini. Para rombongan telah dibawa melihat pengajaran harian yang menggunakan peralatan eBook serta Smartboard Interaktif di semua kelas tahun 1 hingga tahun 6 yang dilaksanakan oleh sekolah ini
            Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Encik Suhaimi Muhammad. Turut menyertai rombongan dalam lawatan ini iaitu Pegawai dari Jabatan Kenaziran Negeri Terenggganu, Ketua Sektor ICT JPNT  - En. Nasir dan  CEO TOP IT Tn.Hj.Mohd Isa bin Nik serta pegawai-pegawai Top IT.





















Tuesday, February 18, 2014

Majlis Jamuan Perpisahan Guru Besar

23 Januari 2014 - Kelab  Guru dan Kakitangan SK Paya Bunga telah mengadakan Jamuan Majlis Pertukaran Mantan Guru Besar Pn. Rohaya binti Ibrahim bertempat di Hotel Grand Puteri.Turut hadir dalam majlis ini ialah semua guru dan kakitangan sekolah termasuk Tuan Guru Besar En. Suhaimi bin Muhammad serta Ajk-Ajk PIBG sekolah.
                 Majlis yang dipengerusikan oleh juruacara Ustazah Zaipah dan seterusnya dengan bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan.Para hadirin telah dijamukan dengan hidangan makan petang sambil menonton video kenangan mantan Guru besar SKPB iaitu Pn. Rohaya Ibrahim sepanjang beliau berada di sekolah ini .
Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar serta wakil PIBG dan diakhiri dengan ucapan mantan Guru besar.Dalam ucapan tersebut,beliau melahirkan rasa gembiraan kerana semua warga sekolah ini sentisa memberi kerjasama dalam memastikan sekolah ini mencipta kejayaan dan kecemerlangan. 
                Setelah selesai menjamu hidangan, Kelab  Guru dan Kakitangan SKPB telah menyampaikan hadiah berupa cenderahati untuk mantan guru besar yang telah bertugas hampir 3 tahun lamanya. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang


















Monday, February 17, 2014

Majlis Penyerahan Duit Bantuan Khas Persekolahan Rm100 Kepada Semua Murid

22 Januari 2014 - Pada 22 Jan 2014, Rabu bermula jam 8.30 pagi, sekolah ini telah mengadakan majlis penyerahan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 kepada semua murid iaitu seramai 95 orang.