Thursday, February 6, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 H

16 Januari 2013 - Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tanggal 16 Januari yang lalu dan diadakan serentak dengan sekolah yang berjiran iaitu SK Tengku Ampuan Mariam untuk melakukan perarakan secara bersama bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Sambutan ini dijalankan di Dewan Sekolah dan melibatkan semua guru dan murid serta kakitangan sekolah.
              Tema sambutan pada tahun 1435 H ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Selepas perhimpunan rasmi,para guru dan murid berarak mengelilingi sekitar kawasan sekolah sambil berselawat. 
Objektif sambutan ini dijalankan ialah menerapkan perasaan cinta akan Rasulullah SAW dan menilai pekerti mulia baginda dalam kehidupan seharian. Menanam semangat kerjasama dan ukhwah dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan. Memupuk dan menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar melalui ceramah yang dianjurkan dan membudayakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat.
             Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput ustaz dari SK Tanjung Gelam  iaitu Ustaz Tuan Harun bin Tuan Cob untuk menyampaikan ceramahnya. Antara yang disentuh di dalam ceramah beliau ialah beliau mengingatkan kita supaya mencintai Nabi Muhammad SAW dan menghayati sirah serta akhlak Baginda SAW. Muliakan Baginda Nabi SAW, hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan meniru peribadi mulia Baginda. Ini kerana pada hari Kiamat nanti kita semua akan meminta pertolongan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan ajaran Islam dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai cara hidup, InsyaaAllah semoga kita diberkati di dunia dan di akhirat.























No comments:

Post a Comment