Saturday, February 27, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada 23 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah disambut pada 23 Februari 2011. Majlis memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dimulakan berselawat di tapak perhimpunan.


Majlis diteruskan dengan perarakan berjalan membawa sepanduk dan poster ke Surau As Sagoff sambil berselawat. Di Surau As Sagoff diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Ruzlin b. Jaafar, Imam Masjid Ladang, Kuala Terengganu.


Selesai Ceramah Agama, diadakan jamuan di kantin sekolah. Kemudian tayangan video "Muhammad Utusan Terakhir" diadakan.


Semoga dengan majlis sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada murid-murid dalam meraikan Hari-hari Kebesaran Islam seperti Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Majlis ini bagi menzahirkan perasaan sayang dan kasih kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, February 22, 2010

Bahan Sokongan Virtual Kelas

Ruang ini akan menyediakan sumber rujukan
dan bahan sokongan pengajaran bagi guru untuk melaksanakan
Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran



 Bahan Video Rujukan












Nota Rujukan

Sunday, February 21, 2010

Projek Virtual Classroom





Sejarah Perlaksanaan Projek Virtual Classroom di SK Paya Bunga adalah cetusan idea Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu- En Razali Bin Daud. Dalam proses menaraf SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Pengarah mencetuskan idea SK Paya Bunga melaksanakan kelas virtual bagi tahun 4, 5 dan 6.

Projek Virtual Classroom adalah merupakan satu elemen dalam Penarafan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu. Objektif utama JPN Terengganu memperkenalkan Projek Kelas Maya di SK Paya Bunga adalah sebagai Pusat Nukleus Pengalamian Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi sekolah-sekolah lain. Konsep ini telah diilhamkan oleh Tuan Pengarah PelajaranTerengganu - En Razali Bin Daud melalui lawatan pihak JPNT ke Korea dan Singapura.

TOP-IT sebagai pengeluar E-Book dan syarikat yang menghasilkan Inovasi baru dalam teknologi ICT telah menaja peralatan ICT seperti Smartboard Interaktif, E-Book, Projektor dan Notebook Guru bagi SK Paya Bunga. SK Paya Bunga berperanan sebagai perlaksana yang merancang mengikut acuan dan keperluaan murid di SK Paya Bunga. 







Saturday, February 20, 2010

Lokasi Sekolah


View Larger Map

Visi Dan Misi



Lagu Sekolah : Wawasan Kita


Wawasan kita bersama
Sekolah Paya Bunga
Bersama bersatu padu
Mencapai kecemerlangan

Sekolah kebanggaan kita
Sekolah yang tertua
Guru mendidik dan membimbing
Asas peningkatan

Berpegang pada amalan
Ilmu suluh hidup
Kearah wawasan pendidikan
Kecemerlangan bersama

Bersama menggenggam amanah
Menjunjung harapan negara
Demi membentuk diri sendiri
Tekun rajin usaha

Organisasi Pengurusan

Sejarah Sekolah


Sekolah Melayu Paya Bunga
Sejarah awalnya adalah berasal dari Sekolah Melayu Kampung Keling yang dibina atas rang dan dinding yang dibina dari batang pinang. Kedudukannya adalah di antara Pasar Payang dan Pejabat Kastam pada tahun 1912. Akibat kerosakan struktur rang batang pinang, maka sekolah ini di pindahkan ke kampung Patani dan pada 1919 ianya telah dipindahkan ke Kamopung Banggol dan seterusnya ditapak sekarang dan dikenali sebagai SK paya Bunga.

Sekolah Melayu Paya Bunga ini telah diasaskan oleh En Ali Bin Ngah, Haji Awang Yunus, Haji Wan Mamat @ Muhammad bin Megat Daud atau dikenali  sebagai Hj Muhammad Kemaman.Ketiga-tiga pengasas ini adalah pemegang saham terbesar Syarikat Lombong Bijih Timah Kajang, Kemaman, Terengganu.Bermula keluasaan  0.768 ekar, Syarikat Lombong ini telah membangunakan sebuah bangunan kayu dengan kos RM3500.00 pada tahun 1922.En Md. Dahlan bin Jaafar telah dilantik sebagai Guru Besar pertama di Sekolah Melayu Paya Bunga.

Perlaksanaan dasar Penyata Razak yang di umumkan pada 16 Mei 1956 telah menukarkan nama Sekolah Melayu Paya Bunga kepada Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

Monday, February 8, 2010

Program Motivasi & Pemuafakatan Ibubapa & Guru


Pada 8 Februari 2010 jam 8.45 pagi, satu program motivasi & pemuafakatan ibubapa guru telah diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid dan ibubapa mereka mengenai peperiksaan UPSR yang bakal diduduki nanti.Program ini juga didadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara guru,ibubapa dan murid-murid bagi menghasilkan kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR nanti.

Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Merentas Desa SKPB 2010


Pada 4 Februari 2010,kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan bertempat di persekitaran Dataran Shahbandar sehingga perkarangan pasaraya astaka.2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki(thn 4,5,6) dan kategori perempuan(thn 4,5,6).