Wednesday, December 28, 2011

KURSUS SERVER INTEL - CRITICAL APP SERVER



 December 28, 2011 - Schools with INTEL Malaysia organized a Critical Link App Server Course begins 27 to 28 December 2011. On the first day - the scope of the course is on the server admin and management. The course was conducted by Mr. Tan from the Net Axis. The scope of the installation is activate several services and create an account to teachers.

Participants were Mr. MD Nasarudin MD Hafsah, Ms. Fadzlina, Mrs. Rokiah Deraman (INTEL's School Teacher), Mr. Ahmad Suhaimi Said- GPK1 and Mr. Shah - EIO. Representatives from several district education office were also invited. Mrs. Norliza also joint us during the installation and the training as the representative of Malaysia INTEL.On the second day - we are trained on how to create the LMS, blogging (Moodle) and  filtering.

The School would like to thank Mrs Norliza and  Mr. Bernd - INTEL's  Singapore engineer for the contribution of a set of school server .


IMG_0738.JPG


Thursday, December 15, 2011


Hari Anugerah Cemerlang SK Paya Bunga 2011 diadakan pada 15 November 2011. Majlis dirasmikan oleh YBhg.Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, En.Safaruddin , Pegawai PDD En.Sabuddin, Jawatankuasa PIBG, Ibubapa, Guru-Guru serta Murid-Murid SKPB.



Antara Anugerah yang disampaikan dalam majlis tersebut termasuklah :
i - Kedudukan terbaik dalam kelas ii- Terbaik Matapelajaran
iii - Hadiah Kerajinan
iv - Kedudukan terbaik Kelas Kafa
v - Anugerah NILAM
vi - Anugerah Khas j-QAF
vii - Anugerah Cemerlang Sahsiah
ix - Anugerah Tokoh Murid



Di Majlis tersebut juga disampaikan Sumbangan Bantuan Khas RM 100.00 kepada semua murid-murid SK Paya Bunga. Juga disampaikan e-Book kepada murid-murid tahun 1 hingga tahun 3.
Warga SK Paya Bunga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir khasnya YBhg.Dato' Wan Ahmad Farid, YDP PIBG & jawatankuasa, ibubapa dan murid-murid. Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang hadiah, hamper bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2011.

Monday, November 28, 2011

Tarikh Penting Aktiviti Dalam Cuti Akhir Tahun 2011

TARIKH JADUAL KELAS MASA CUTI 2011



TARIKH AKTIVITI SEKOLAH

  • Perjumpaan Ibubapa dan Pengesanan  LINUS  Murid Tahun 1 (2012) - 24 NOV 2011
  • Mesyuarat POST Mortem UPSR - 29 NOV 2011
  • Bengkel Persediaan / Kemaskini Dokumen Sekolah - 28 DIS 2011 (wajib semua guru)
  • Mesyuarat Guru Kali 1/2012 - 26 DIS 2011 (wajib semua guru)
  • Mesyuarat JKS Kali 1/2012 - 26 DIS 2011 (wajib semua guru)

Tuesday, November 15, 2011

Friday, November 4, 2011

Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah - SK Paya Bunga



20 Oktober 2011 - Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah (Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ) telah diadakan. Pelbagai acara sempena pelancaran tersebut diadakan. Pembukaan Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redzuan..


Seterusnya majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi pelancaran En. Norazmi Awang selaku pengerusi panitia Bahasa Melayu, diikuti ucapan perasmian oleh En.Ahmad Suhaimi Said, penolong kanan pentadbiran.Bacaan Mekanis, Pantun, Deklamasi sajak, Syarahan, Bercerita dan Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, October 24, 2011

Ceramah Hak-Hak Pengguna oleh Pegawai-Pegawai KPDNKK, K.Trg




11 Oktober 2011 - Satu Ceramah mengenai Hak-Hak Pengguna telah disampaikan oleh Pegawai-Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.Ceramah tersebut telah diikuti murid-murid Tahun 4, 5, dan 6.



Selain ceramah, murid-murid telah dihidangkan dengan aktiviti kumpulan dan sukaneka. Murid-Murid begitu seronok dan bersemangat menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.Hadiah-Hadiah diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Semoga pengisian yang telah dimuatkan dalam program ini memberi manafaat yang berguna kepada murid-murid dan guru-guru sebagai pengguna.

Ceramah Bahaya Merokok




20 September 2011 - Ceramah Bahaya Merokok telah diadakan oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Ceramah yang mengambil masa hampir 2 jam di sertai oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.


Selesai ceramah, murid-murid diajukan pelbagai soalan-soalan kuiz berdasarkan maklumat yang telah disampaikan. Murid-murid begitu berminat dan bersemangat dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan. Hadiahphadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya. Semoga maklumat yang diperoleh menyedarkan murid tentang bahayanya merokok, seterusnya menjauhkan diri dari merokok.
"KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK"

Sunday, October 9, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur


29 Sept. hingga 1 Okt.2011 - Seramai 36 orang murid dan guru SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Zulkifli dan beberapa orang guru termasuk Cikgu Fadzlina, Cikgu Mustaqim, Cikgu Izwan, Cikgu Oh dan Cikgu Shah bersama-sama murid-murid tiba di tempat penginapan di Kompleks Belia dan Sukan Air Keruh, Melaka kira-kira jam 10.00 mlm.



Murid-murid dibawa melawat sekitar Bandaraya Bersejarah - Zoo Air Keruh, tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir A Farmosa, Muzium Sejarah Melaka, Menaiki Melaka 'River Cruise' pada waktu malamnya.Murid-murid kelihatan begitu seronok dengan suasana di Melaka.



Pada 1 Okt.kami bertolak ke Putra Jaya dan melawat sekitar Masjid Putra Jaya. Kemudian meneruskan perjalanan Ke Kuala Lumpur dan melawat sekitar Kuala Lumpur dan shopping di pusat membeli belah Sogo. Rombongan selamat tiba di SK Paya Bunga kira-kira jam 12.00 t/mlm

Saturday, September 24, 2011

Lawatan Rombongan Pensyarah Perguruan Afganistan (MEAPA) ke SK Paya Bunga




18 September 2011 - Seramai 45 orang dari Rombongan MEAPA (Australia Educational Projects For Afghanistan) telah datang melawat SK Paya Bunga. Objektif  lawatan ialah melihat perlaksanaan Projek Virtual Class di SK Paya Bunga. Taklimat Perlaksanaan telah disampaikan oleh GPK1 dan diterjemaahkan oleh En Sharif ke dalam bahasa Pastor. Rombongan ini diringi oleh Pegawai SUK Negeri Terengganu dan Pegawai dari JPNT serta PPDKT

Pihak rombongan juga dibawa melawat beberapa kelas yang melaksanakan pembelajaran menggunakan E-Book dan komponen alatan Virtual Class yang dikendalikan oleh En Nasarudin (Bahasa Melayu), En Izwan (Matematik)dan Pn Roslina (Agama Islam).


Pada majlis ini juga diadakan tandatangan bagi MOU pihak SK Paya Bunga dengan pihak MEAPA yang diwakili oleh Pn Rohaya Ibrahim dan Puan Kamariah bagi pihak MEAPA.



Monday, September 12, 2011

UPSR - Sama Kita Doakan Kejayaan Mereka


Kami Guru- Guru serta Warga SK Paya Bunga, mengucapkan Selamat Menempuh UPSR. Semoga anak-anak berada di dalam keadaan sihat dan menjawab soalan-soalan dengan baik.

Doa kami agar anak-anak dapat menjawab soalan-soalan dan berjaya dengan cemerlang.
InsyaAllah.

Sunday, August 28, 2011


Kami Warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor, Seluruh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ucapan Salam Aidilfitri juga ditujukan kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Tim.Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, serta seluruh pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Kami juga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada CEO TOP IT serta Pegawai-Pegawai di Top IT.

Salam Aidilfitri juga untuk Pengerusi PIBG SK Paya Bunga serta Ahli Jawatan kuasa PIBG sesi 2011.

Juga tidak lupa kepada Ibu Bapa / Penjaga murid serta murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

"SELAMAT BERGEMBIRA DIHARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN "

Ikhlas daripada Kami Warga SK Paya Bunga.

Friday, August 12, 2011

Lawatan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM ke Kelas Maya SK Paya Bunga.






11 Julai 2011 - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kem.Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Datuk Haji Isa bin Haji Abu, telah datang melihat sendiri perjalanan Pengajaran Pembelajaran di Kelas Maya SK Paya Bunga.

Beliau turut diiringi pegawai-pegawai dari Kem.Pelajaran Malaysia, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Tn Hj.Hashim bin Mat Zin, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai JPNT, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan turut mengiringi CEO TOP IT Tuan Haji Mohd Isa b. Nik.


Selesai melawat ke Kelas, beliau diberi taklimat oleh Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga.

Sunday, July 24, 2011

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

21 Julai 2011 - SK Paya Bunga menerima Lawatan Kerja Timbalan Pengarah BTP - Pn Rosnani Bt Mohamed Ali bagi menijau perlaksanaan Projek Rintis Virtual Class di SK Paya Bunga. Taklimat Perlaksanaan telah disampaikan oleh GPK 1. Penerangan yang diberi menyentuh cara pengoperasiaan, mod-mod pembelajaran, kompenan alatan dan impak perlaksanaan. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah En Azman Othman selaku Ketua Unit PICT, BTPN Terengganu.

Saturday, July 9, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SK Paya Bunga di Taman Tamadun Islam











2 Julai 2011 - Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia berlangsung di seluruh negara. Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah memilih Taman Tamadun Islam sebagai lokasi larian tersebut.

Larian disertai murid-murid tahap 2 dan semua warga sekolah. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum larian bermula. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah begitu bersemangat untuk sama-sama berlari.

Larian telah dilepaskan oleh En. Mustafar bin Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Beliau turut sama berlari bersama-sama murid-murid dan guru-guru. Setelah selesai larian, diadakan pula aktiviti sukaneka dan senamrobik.

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man serta pegawai-pegawai terlibat di atas kebenaran dan kerjasama pihak TTI sehingga Program Larian Serentak 1M1S1M berjaya dijalankan.

Friday, July 8, 2011

Lawatan Guru-guru SK Sri Gedung, Sungai Petani,Kedah ke SKPB






30 Jun 2011 - Lawatan Guru-Guru seramai 35 orang dari SK Sri Gedung, Sungai Petani, Kedah ke SK Paya Bunga. Rombongan diberi taklimat ringkas mengenai Sekolah Kebangsaan Paya Bunga serta perlaksanaan "Virtual Class". Dalam lawatan singkat yang diketuai oleh Guru Besar En. Abu Bakar itu, guru-guru SK Sri Gedung sempat melihat pengajaran pembelajaran di Virtual Class.