Monday, October 24, 2011

Ceramah Bahaya Merokok




20 September 2011 - Ceramah Bahaya Merokok telah diadakan oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Ceramah yang mengambil masa hampir 2 jam di sertai oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.


Selesai ceramah, murid-murid diajukan pelbagai soalan-soalan kuiz berdasarkan maklumat yang telah disampaikan. Murid-murid begitu berminat dan bersemangat dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan. Hadiahphadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya. Semoga maklumat yang diperoleh menyedarkan murid tentang bahayanya merokok, seterusnya menjauhkan diri dari merokok.
"KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK"

No comments:

Post a Comment