Tuesday, July 11, 2017

Aktiviti masakan unit beruniform 2017





Aktiviti masakan merupakan aktiviti tahunan bagi unit beruniform.Semua peserta dari 4 unit beruniform yang terdiri daripada pengakap,tkrs,Pandu Puteri Tunas dan BSMM tela menyertai paktiviti masakan.
.
Tema masakan kali ini ialah goreng jemput-jemput.Taniah kepada penyelaras unit beruniform dan guru-guru penasihat yang sentiasa bekerjasama menjalankan program sekolah.Tak lupa juga warga SKPB dan anak-murid yang disayangi.......Tahniah cikgu dan

Program Berkelompok :Zeo To Hero



Seramai 5 orang murid calon UPSR dari SK Paya Bunga telah menyertai Program Berkelompok :Zero To Hero di SK Gong Kapas bermula pada 2.30 petang hingga 4.30 petang pada 11.Julai 2017.

Program bacaan Yassin pada waktu pagi Selasa.


Kehadiran En Ahmad Zulkarnain bin Abdul Manaf ( Pen PPD Pencegahan Dadah) merangkap pegawai perhubungan sekolah turut hadir bersama dan memberi ceramah motivasi kepada calon-calon UPSR 2017.Seramai 15 orang murid akan menduduki UPSR tahun ini.Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.

Sunday, July 9, 2017

Pemantauan Pusat Sumber Sekolah oleh PTP PKG Bukit Besar

  Gambar dari kiri : Pn Zaipah (Guru Media),Pn Ros Haya Bt Aziz (Guru Besar),Pn Nihlah dan EIO (PKG Bukit Besar)

Pada 9 Julai 2017, pihak PKG Bukit Besar telah mengadakan pemantauan pengurusan Pusat Sumber Sekolah,Pengurusan NILAM dan Makmal SK Paya Bunga.Terima kasih kepada Puan Nihlah Binti Mohamad Amin Rebuan (Pegawai Teknolohi Pendidikan Bukit Besar).