Thursday, November 22, 2012

Sambutan Perayaan 1ABAD dan Hari Anugerah Cemerlang SK Paya Bunga 2012

Sambutan Perayaan 1 ABAD SK Paya Bunga dan Majlis Hari Anugerah cemerlang 2012 - 6 November 2012 merupakan hari bersejarah bagi SK Paya Bunga kerana Sambutan Perayaan 1ABAD ( 100 tahun )dan Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. En.Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu telah menyempurnakan Majlis tersebut. Perayaan yang turut dihadiri oleh Ketua Nazir Negeri Terengganu, Tn Hj. Wan Ahmad Nizam bin Wan Hassan, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Tn.Hj.Matsor bin Ismail, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Nor Akmal bt. Abdul Fatah, YDP PIBG SK Paya Bunga, En.Shafarudin bin Mustaffa, Bekas Guru Besar-Guru Besar SK Paya Bunga, Bekas Guru-Guru dan bekas Murid SK Paya Bunga telah memeriahkan lagi majlis tersebut.
Tetamu Jemputan
Ucapan YDP PIBG En.Shafarudin bin Mustaffa
Ucapan Puan Guru Besar, Pn.Rohaya bt. Ibrahim
Ucapan Perasmian oleh Tim.Pengarah Pelajaran Terengganu,En. Hashim bin Mohd Zin
Acara-acara yang dijalankan termasuklah membunyikan loceng gantung dan memotong kek 100 tahun menandakan sambutan perayaan 100th dirasmikan. Seterusnya majlis diceriakan dengan persembahan tarian 'Rampaian 1 Abad', penyampaian hadiah kepada murid dan cenderamata kepada bekas Guru Besar dan guru-guru yang pernah mengajar di SKPB. Tetamu Jemputan dan hadirin seterusnya ke Galeri sekolah untuk perasmian Galeri dan menyaksikan pameran gambar-gambar lama, baru dan pelbagai barang-barang lama turut dipamerkan. Majlis diakhiri dengan jamuan untuk semua hadirin.

Wednesday, November 21, 2012

Thursday, November 1, 2012

Selamat Kembali Ke SK Paya Bunga ....


SK Paya Bunga sebagai satu Institusi Pendidikan tertua di Terengganu. Ditubuhkan pada 1912 dan lokasi pertamanya adalah berdekatan dengan Pasar Kedai Payang dan Pejabat Kastam Terengganu.

Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu dan Muzium Negeri Terengganu. Pelbagai rencana yang telah dirancang sebelum ini sedang dilaksanakan dengan giatnya. Hebahan mengenai Sambutan 1 Abad SK Paya Bunga yang dibuat  melalui pelbagai media, antaranya Radio Terengganu FM, Radio Hot FM, Radio IKIM serta penggunaan medium Facebook dan blog sekolah telah berjaya menarik warga SK Paya Bunga (bekas murid-murid) datang ke SK Paya Bunga. Ruangan pameran dan galeri sejarah pasti mengundang nostalgia silam yang tidak terbanding nilainya.

Untuk makluman semua, SK Paya Bunga dahulunya telah berjaya melahirkan ramai tokoh terulung dan terkenal. Nama seperti Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad, Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud - Bekas Presiden FAM, Dato' Dr. Md. Hashim Nik Omar - Pakar Perunding Perubatan Jantung Terengganu dan ramai lagi pasti tidak asing pada pendengaran kita.

Sebagaimana yang telah disebut diatas, hebahan sambutan telah berjaya mengundang kembali bekas murid murid tua. Ada di antara bekas murid yang datang ke Galeri Sejarah SK Paya Bunga, telah menitiskan air mata apabila melihat gambar lama zaman persekolahan beliau. Terlalu banyak kenangan dan budi di SK Paya Bunga.

SK Paya Bunga juga bertuah apabila menerima lawatan Professor Dr Nik Fuad - Universiti Malaysia Terengganu - bekas murid tua SK Paya Bunga.


Antara catatannya ialah:

"Saya dipindahkan dari Sek Keb Bukit Jambul selepas 1 minggu persekolahan Darjah Satu pada tahun 1958. Banyak kenangan manis dan pahit semasa bersekolah di SKPB....Saya terhutang budi kepada guru2 yang mengajar pada masa itu telah memberi semangat untuk belajar sehingga saya memperolehi ijazh Phd pada tahun 1984. Selamat maju jaya. "










Wednesday, October 31, 2012

Mesyuarat Akhir Sambutan 100tahun SK Paya Bunga


30 OKTOBER 2012 - SK Paya Bunga telah mengadakan Mesyuarat Laporan Persiapaan Yang Terakhir Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga. Objektif mesyuarat adalah bagi melaporkan persiapaan terakhir yang telah dibuat oleh semua Jawatankuasa kerja yang telah dilantik. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Junaidi Mokhtar selaku Penyelaras Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga.


Wednesday, October 17, 2012

MAKLUMAN PERGERAKAN PEGAWAI SK PAYA BUNGA DI BLOG RENDAH JPN TERENGGANU BERMULA OKTOBER 2012




Petikan dari Berita dari Unit Rendah, JPN Terengganu


Tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat atau bertukar sekolah sama ada sebagai Guru Besar dan juga GPK. Harapan jabatan perubahan posisi dan kedudukan tuan/puan akan menjadi lebih baik untuk diri dan untuk sekolah yang diamanahkan.

Kita percaya bahawa tuan/puan yang bersedia memikul tugas dan amanah ini tahu beban dan cabarannya. Oleh yang demikian pihak jabatan berharap tuan/puan sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran . Dan kita penuh yakin tuan/puan mampu menghadapi cabaran dan perubahan ini jika sentiasa terbuka untuk belajar dan berkongsi dengan orang lain terutama ahli-ahli organisasi di bawah pimpinan tuan/puan.

Sumber : Blog Unit Rendah, JPN Terengganu

Saturday, October 6, 2012

Kem Kemahiraan Belajar Bagi Tahap 2



26 September 2012 - Satu Kem Kemahiran Belajar telah diadakan bagi semua murid Tahap 2. Program ini juga merupakan salah satu program bagi PASCA UPSR murid Tahun 6. SK Paya Bunga telah menjemput Cik Norlizawati Bt Abd Rahman – Penolong Pegawai Tadbir (Program Khas) Yayasan Terengganu sebagai Fasilitator Kursus.

Antara objektif program ini adalah memberi kemahiran kepada murid amalan berkesan dalam belajar termasuk elemen kreativiti dan pemikiram kritis. 







Perasmiaan Kem Kemahiran Belajar SK Paya Bunga oleh Tn Pengarah Yayasan Terengganu






26 September 2012 - SK Paya Bunga telah menjemput Pengarah Yayasan Terengganu - En Zakaria Bin Yusof bagi merasmikan Program Kemahiran Belajar bagi Semua murid Tahap 2. Turut hadir semua Ibubapa tahap 2. 

Selepas perasmiaan Kem berkenaan, Tuan Pengarah Yayasan Terengganu telah diberi Taklimat Profil Sekolah dan Perjalanan Projek Kelas Maya SK Paya Bunga. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Guru Besar dan GPK 1 SK Paya Bunga. Taklimat dan perkongsiaan telah berlangsung selama 3 jam yang juga diturut serta oleh semua GPK SK Paya Bunga.  

SK Paya Bunga mengucapkan ribuan Terima Kasih atas kesudian Tuan Pengarah dan mengharapkan agar sekolah ini dijadikan anak angkat Yayasan Terengganu.






Tuesday, September 25, 2012

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN ( Y.Brs. Dr. Amin bin Senin)


25 September 2012Y.Brs. Dr. Amin bin Senin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran - Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan telah berkunjung ke SK Paya Bunga bagi melihat Perjalanan Projek Kelas Maya di SK Paya Bunga. Lawatan ini turut dihadiri oleh PMO Pendidikan - En Mustafa.
Lawatan ini telah diiringgi oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti - Yang Mulia Tengku Mohd Yusof Tengku Mansor.

Hasil dari lawatan ini.  Y.Brs Dr. Amin Bin Senin  telah memberi beberapa pandangan yang membina seperti penekanan kepada nilai :-

1. Asas Interaksi Sekolah 
2. Mempercepatkan maklumbalas dari guru kepada murid







Tuesday, September 18, 2012

Sunday, September 16, 2012


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI.. KURNIAKANLAH KEJAYAAN UPSR 5A 
KEPADA KAMI MURID TAHUN 6 SK PAYA BUNGA. 
KAMI MOHON PADA MU KEJAYAAN YANG CEMERLANG. AMIN

Friday, August 10, 2012

Saturday, July 28, 2012

PROGRAM INTEGRASI FACEBOOK DALAM P&P


PROGRAM INTEGRASI FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Tarikh : 17 Julai 2012
Masa : 2.00 PM
Tempat : Kelas Tahun 6 & Tahun 4

Program ini hasil usaha 2 guru pelatih SK Paya Bunga  bagi memberi pendedahan kepada guru dan murid mengenai peranan FACEBOOK yang boleh diaplikasikan dalam P&P. 


Program ini meliputi pengenalan asas dan aplikasi yang terdapat dalam FACEBOOK yang boleh digunakan untuk membantu guru dan menarik minat murid untuk belajar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Ustaz Zaki dan Ustazah Aliana diatas usaha mereka.