Sunday, May 30, 2010

Sekitar OTI 2 2010

Ujian OTI 2 2010 telah berlangsung selama 1 minggu bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2010 dan diadakan serentak di seluruh Terengganu.Soalan ujian pula telah diselaraskan oleh JPNT untuk semua sekolah di seluruh negeri dan tidak seperti sebelum ini dimana ujian OTI hendaklah disediakan oleh pihak sekolah sendiri.Murid-murid tahun 6 kelihatan amat bersungguh-sungguh menghadapi ujian ini kerana suasana peperiksaan UPSR telah bermula di sekolah kerana pelbagai kempen UPSR telah dijalankan di peringkat sekolah dan pelajar mula berasa bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Setelah keputusan penuh ujian OTI 2 dikeluarkan oleh guru-guru,kelihatan satu peningkatan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan bagi murid-murid tahun 6 dan peratus kelulusan dan mendapat A bagi setiap mata pelajaran pula meningkat secara mendadak.

Ini merupakan satu pencapain yang amat menggalakkan dan Guru Besar pula amat berpuas hati dengan keputusan ini.Semua ini adalah hasil usaha yang tidak henti-henti oleh guru-guru SKPB yang ingin melihat kejayaan dicapai oleh murid-murid mereka dan Insyaallah dengan berkat usaha ini akan melahirkan seramai mungkin murid mendapat 5A di dalam UPSR nanti.Insyaallah.

Tuesday, May 25, 2010

Hari Guru SKPB 2010

16 Mei merupakan hari memperingati jasa guru sebagai pendidik di sekolah dan disambut oleh semua guru dan murid di seluruh negara.16 Mei di SKPB mempunyai keunikannya tersendiri apabila semua tahap murid mengambil bahagian dalam persembahan di sekolah.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sukaneka,perlawanan bola tampar guru melawan murid dan banyak lagi.

Gotong Royong Perdana SKPB

Sabtu,15 Mei 2010 telah diadakan satu gotong royong perdana peringkat sekolah.

Monday, May 24, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform Di Bukit Kolam


Perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah SKPB telah diadakan di Pusat Ko-kurikulum Bukit Kolam,Kuala Berang pada 6 hingga 8 Mei 2010 baru-baru ini.Seramai 30 orang murid telah menyertai perkhemahan ini yang mewakili persatuan Pengakap dan Tunas Puteri.Kem komandan perkhemahan kali ini adalah Cikgu Izwan dan beliau telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali.Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada peserta dan diantaranya ialah 'wall climbing','flying fox','jungle tracking' dan kayak.