Monday, October 24, 2011

Ceramah Hak-Hak Pengguna oleh Pegawai-Pegawai KPDNKK, K.Trg




11 Oktober 2011 - Satu Ceramah mengenai Hak-Hak Pengguna telah disampaikan oleh Pegawai-Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.Ceramah tersebut telah diikuti murid-murid Tahun 4, 5, dan 6.



Selain ceramah, murid-murid telah dihidangkan dengan aktiviti kumpulan dan sukaneka. Murid-Murid begitu seronok dan bersemangat menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.Hadiah-Hadiah diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Semoga pengisian yang telah dimuatkan dalam program ini memberi manafaat yang berguna kepada murid-murid dan guru-guru sebagai pengguna.

Ceramah Bahaya Merokok




20 September 2011 - Ceramah Bahaya Merokok telah diadakan oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Ceramah yang mengambil masa hampir 2 jam di sertai oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.


Selesai ceramah, murid-murid diajukan pelbagai soalan-soalan kuiz berdasarkan maklumat yang telah disampaikan. Murid-murid begitu berminat dan bersemangat dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan. Hadiahphadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya. Semoga maklumat yang diperoleh menyedarkan murid tentang bahayanya merokok, seterusnya menjauhkan diri dari merokok.
"KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK"

Sunday, October 9, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur


29 Sept. hingga 1 Okt.2011 - Seramai 36 orang murid dan guru SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Zulkifli dan beberapa orang guru termasuk Cikgu Fadzlina, Cikgu Mustaqim, Cikgu Izwan, Cikgu Oh dan Cikgu Shah bersama-sama murid-murid tiba di tempat penginapan di Kompleks Belia dan Sukan Air Keruh, Melaka kira-kira jam 10.00 mlm.



Murid-murid dibawa melawat sekitar Bandaraya Bersejarah - Zoo Air Keruh, tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir A Farmosa, Muzium Sejarah Melaka, Menaiki Melaka 'River Cruise' pada waktu malamnya.Murid-murid kelihatan begitu seronok dengan suasana di Melaka.



Pada 1 Okt.kami bertolak ke Putra Jaya dan melawat sekitar Masjid Putra Jaya. Kemudian meneruskan perjalanan Ke Kuala Lumpur dan melawat sekitar Kuala Lumpur dan shopping di pusat membeli belah Sogo. Rombongan selamat tiba di SK Paya Bunga kira-kira jam 12.00 t/mlm