Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

 13 November 2013 - Sekolah Kebangsaan Paya Bunga  telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013 pada hari rabu, 13 November yang lalu. Majlis ini bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran ibu bapa yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini yang dilangsungkan di dewan sekolah.
         Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.
         Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ridzwan. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Pn. Rohaya Ibrahim.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu,YBhg. Datuk Hj. Mohd Sabri b.Alwi. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.
         Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan tarian tradisional dan kaum di negara kita yang dipersembahkan oleh murid-murid tahap 1 dan tahap 2.Turut serta membuat persembahan iaitu semua murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini nanti.Para tetamu terhibur dengan persembahan –persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah ini.
         Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan KAFA. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.Bagi Anugerah Tokoh pula, Tokoh murid Lelaki telah disandang oleh Adik Muhammad Naim Najmi bin Hazre dan Tokoh Murid Perempuan oleh Adik Siti Nur Suhaila Binti Sariful Anuar.
         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.













Anugerah Tokoh Murid 2013




Monday, July 15, 2013

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.



Sila klik di sini

Monday, May 23, 2011

Demonstrasi Memadam Kebakaran bersama Bomba Kuala Terengganu






Demonstrasi Memadam Kebakaran telah diadakan pada 19 Mei 2011 yang lalu. Pihak sekolah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Bomba Kuala Terengganu.

Demonstrasi bermula dengan loceng kecemasan, dengan pergerakan seluruh warga sekolah ke tempat berkumpul mengikut pelan kecemasan yang telah disediakan. Kemudian, seluruh warga sekolah mendengar taklimat dari En. Abd.Rashid - Pegawai Bomba mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga sekolah.

Seterusnya murid-murid dan guru-guru telah ditunjukan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran.Beberapa orang guru dan murid telah mencuba menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk melihat dan bertanya mengenai kenderaan dan peralatan bomba. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang telah memberi kerjasama dalam program ini.

Sunday, February 13, 2011

Majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah



13 Feb 2011 - Satu majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Paya Bunga telah diadakan dan disempurnakan oleh Pemangku Ketua Balai Kota (Balai Bomba Kuala Terengganu).Dalam ucapan perasmiaan majlis ini, Pemangku Ketua Balai Kota, beliau menyatakan bahawa ini adalah julung-julung kali Pasukan Bomba dilibatkan dalam Majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah.













Berita : Cikgu Zulkifli Maliki