Thursday, February 28, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Bunga Kali Ke-31, 2013

22 Februari 2013 - Mesyuarat Agung PIBG, SK Paya Bunga kali ke-31 telah diadakan jam 3.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato'Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Majlis perasmian berjalan lancar dimulai dengan ucapan YDP PIBG, En.Shafarudin bin Mustafa, diikuti ucapan Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga, dan ucapan perasmian oleh Yg.Berbahgia Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh En.Khairul Aswadi mewakili PPD Kuala Terengganu.




   Ucapan Perasmian oleh Ybhg Dato'Wan Ahmad Farid.

 Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2012
            


                                            

Gotong-Royong Perdana di Pulau Warisan 2013

Gotong-royong Perdana di Pulau Warisan yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Bandar Kuala Terengganu pada 22 Februari 2013( Jumaat ) Jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program yang melibatkan gotong-royong membersih sekitar Pulau Warisan juga melibatkan beberapa buah sekolah rendah termasuklah semua murid dan guru-guru SK Paya Bunga.Program ini juga diserikan dengan pameran, senamrobik ( Tai ci ), sukaneka dan bermesra dengan artis media prima. Murid-murid begitu teruja dapat menyertai program khidmat masyarakat seperti ini.



 

Monday, February 11, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2013M - SK PAYA BUNGA

Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M SK Paya Bunga telah diadakan pada hari Khamis -07 Februari 2013. Sambutan dimulai dengan Acara Perarakan yang disertai oleh semua murid dan guru. Acara-acara sambutan termasuklah Ceramah memperingati Nabi Muhammad s.a.w yang telah disampaikan oleh Al-Ustaz Ruslim ( Iman Masjid Zainal Abidin Ladang ), Pertandingan Azan, Pertandingan Berselawat ( Kumpulan ). Murid-mmurid juga diraikan dengan jamuan khas sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M.

Program "My Beautiful Malaysia" - 03 Februari 2013 SK Paya Bunga

Program "My Beautiful Malaysia" - IM4U merupakan program yang diadakan serentak di seluruh negara turut melibatkan warga SK Paya Bunga. Acara program termasuklah Perhimpunan Khas, Gotong-royong membersih kawasan sekolah, kelas dan bilik-bilik khas,jamuan dan juga mengecat /melukis Peta Pemikiran bersama murid-murid dan seluruh warga SK Paya Bunga.

Program Temu Murni Tahun 6 / 2013

Program Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 31 Januari2013 yang lalu. Program yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 adalah bertujuan untuk membincang pelbagai perkara mengenai pembelajaran anak-anak Tahun 6. Ini melibatkan program yang akan diadakan, prestasi anak-anak dan target UPSR 2013.
Taklimat dan perbincangan bersama Guru Besar - Puan Rohaya Ibrahim
Penerangan mengenai Prestasi anak-anak Tahun 6 oleh guru-guru matapelajaran
Tandatangan Aku Janji - Ibu bapa / penjaga, murid-murid dan Guru-guru untuk berusaha meningkatkan prestasi anak-anak Tahun 6 seterusnya mencapai Kecemerlangan dalam UPSR 2013 - InsyaAllah