Friday, April 6, 2012

Lawatan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Johor Baharu bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu Ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.


26 Mac 2012 - Seramai hampir 40 orang pegawai-pegawai PPD, Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu, Johor yang diketuai oleh En. Kamaruddin,telah tiba di SK Paya Bunga untuk mengadakan lawatan dan melihat sendiri perjalanan Kelas Maya di sini.

Pegawai-pegawai serta rombongan telah ditaklimatkan oleh Puan Guru Besar, Pn.Rohaya Ibrahim dan Penolong Kanan Pentadbiran, En.Ahmad Suhaimi Said. Taklimat antara lain berkaitan Sejarah Sekolah ( sejak 1912 ) hingga ke Perlaksanaan "Virtual Class" di SK Paya Bunga. Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam e-Book dan penggunaan smartboard.

Para peserta rombongan diberi ruang untuk melihat pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Nyata mereka amat teruja dan tertarik dengan pengajaran pembelajaran yang dilihat.
En.Kamaruddin yang mengetuai deligasi telah menyampaikan sumbangan serta cenderamata kepada Puan Guru Besar, Pn.Rohaya dan sebaliknya juga cenderamata dari pihak SK Paya Bunga disampaikan kepada Ketua deligasi En.Kamaruddin.
Kami Seluruh Warga SK Paya Bunga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberi, semoga Allah s.w.t jua akan membalasnya.

Wednesday, April 4, 2012

Program Temu Murni OTI 1 bersama ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 hingga 6

21 Mac 2012 - Program bersama ibu bapa /penjaga murid diadakan selepas selesai murid-murid menjalani ujian OTI 1. Program yang bertujuan untuk melihat pencapaian anak-anak dan perbincangan bersama guru-guru untuk membaiki/ meningkatkan pencapaian dalam ujian akan datang juga untuk meletakkan target pencapaian anak-anak oleh ibu bapa / penjaga dalam ujian seterusnya hingga ujian akhir tahun.


Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Guru Besar, Puan Rohaya Ibrahim, yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.

Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.

Sambutan Maulidur Rasul 1433H-2012M Peringkat Sekolah


22 Februari 2012 - Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Sekolah, SK Paya Bunga telah diadakan. Sambutan dimulai dengan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, perarakan yang disertai oleh semua guru dan murid-murid SK Paya Bunga dimulakan.



Program Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah agama yang diadakan di dewan sekolah. Semoga program sebegini menyedarkan murid untuk sentiasa mengingati dan mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas, SK Paya Bunga 2012.


25 Feb. 2012 - Kursus Kepimpinan Pengawas SSekolah dan Pengawas PSS telah diadakan di Bilik Gerakan SK Paya Bunga. Kursus yang di kelolakan oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah yang diketuai sendiri oleh Pn.Junaidah Harun-PKHEM, En.Mohd.Junaidi Mokhtar dan En.Mohd.Izwan Mohd.

Pada 26 Feb.2012 - Peserta-peserta kursus telah dilantik secara rasmi sebagai pengawas sekolah dan pengawas PSS. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SKPB 2012 talah disempurnakan oleh Koperal Roslan dari IPK Kuala Terengganu. Beliau telah menyampaikan ucapan seterusnya menyampaikan Watikah Perlantikan kepada pengawas-pengawas SKPB 2012.

Koperal Roslan bergambar bersama-sama Guru Besar, Puan Rohaya Ibrahim dan GPK HEM, Puan Junaidah Harun serta pengawas-pengawas sekolah dan PSS 2012.

Sunday, April 1, 2012

Majlis Pengagihan E-Book Tahun 4 SK Paya Bunga 2012

29 Mac 2012 - Majlis Pengagihan E-Book bagi Murid Tahun 4 2012 telah berlangsung di Dewan Terbuka Seri Iman, Komplek Kerajaan Negeri Terengganu. YAB Menteri Besar - Dato Seri Hj Ahmad Said telah merasmikan majlis serta mengagihkan E_book kepada semua murid yang hadir.












Pihak pengurusan SK Paya Bunga akan mengadakan majlis penerangan penjagaan dan kemahiran penjagaan E-Book kepada semua ibubapa murid tahun 4 pada 1 April 2012. Semua ibubapa dan murid tahun 4 juga diwajibkan menandatangani Polisi ICT dan Internet sekolah.