Sunday, March 27, 2011

Contohi kejayaan SK Ulu Lubai

21 Februari 2011
Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my
Utusan Malaysia



Ketika pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama dahulu, ada sesetengah pihak yang skeptikal bahawa hanya sekolah yang mempunyai infrastruktur canggih, terletak di bandar dan mempunyai reputasi besar sahaja layak untuk status tersebut.

Persepsi negatif itu kini terbukti tidak tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang terletak di pedalaman Limbang, Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada 23 SBT kohort kedua yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari lalu.

Pemilihan SK Ulu Lubai membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur dan lokasi memang memberi satu kelebihan tetapi bukan jaminan untuk mencapai kecemerlangan apatah lagi menerima status SBT.

Faktor utama ialah kecekapan pihak pentadbiran sesebuah sekolah dalam mengurus sumber manusia dan aset lain yang ada dengan berkesan. Bukan menjadikan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri dalam melonjakkan prestasi sekolah.

Buktinya, tidak semua sekolah berasrama penuh (SBP) berstatus SBT. Banyak lagi SBP yang belum layak dinobat SBT walaupun infrastrukturnya serba lengkap dan pelajarnya adalah yang terbaik. Kepada pentadbir SBP yang belum tersenarai dalam 43 SBT sedia ada, peluang masih terbuka luas. Buat kajian dan belajar dengan yang terbilang.

Jadikan pencapaian SK Ulu Lubai sebagai pembakar semangat dan penanda aras. Contohi amalan terbaik sekolah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Tambahan pula, amalan terbaik SK Ulu Lubai diiktiraf dunia melalui dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel serta Kerajaan Malaysia.

Hasil amalan terbaik ini, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Ulu Lubai amat cemerlang iaitu lulus 100 peratus sejak 2006 hingga kini, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak. Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama dalam penarafan sekolah kebangsaan, melonjak dari tempat ke-54 pada tahun 2009.

Hakikatnya, jika kepimpinan sekolah cemerlang dan guru-gurunya komited maka kejayaan pasti berada dalam genggaman seperti yang dibuktikan oleh SK Ulu Lubai. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Oleh itu, pentadbir sekolah kategori luar bandar dan pedalaman, mulakan gerak kerja untuk bersaing dan mencipta sejarah gemilang. Sesungguhnya keupayaan menjadi pemenang dalam keadaaan yang terbatas dengan banyak kekangan adalah lebih manis berbanding kejayaan yang dicapai oleh sekolah yang lengkap serba-serbi.

Apa pun bersaing biarlah secara sihat. Kekosongan untuk SBT juga masih banyak. Ada 57 slot untuk diisi bagi mencapai sasaran 100 SBT pada 2012 selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Thursday, March 24, 2011

Lawatan Deligasi Kementerian Pelajaran Brunei


 23 Mac 2011- SK Paya Bunga telah dikunjungi oleh deligasi dari Pegawai Pelajaran Kementerian Pelajaran Brunei. Objektif lawatan adalah untuk melihat perlaksanaan "Virtual Classroom" di SK Paya Bunga. Para rombongan telah dibawa melihat pengajaran harian yang mengunakan peralatan E-book serta Smartboard Interaktif di tahun 4, 5 dan 6. 

Taklimat persembahan profail sekolah telah dibentangkan oleh Puan Guru Besar - Puan Rohaya Ibrahim. Ketua Sektor Perkhidmatan ICT  Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu - En Nasir Ismail dan Ketua Unit ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu - En Azman telah mengiringi lawatan tersebut.



Monday, March 14, 2011

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL OLAHRAGA







14 Mac 2011 - Latihan kecergasan fizikal bagi atlet-atlet olahraga SKPB telah bermula pada 14 Mac hingga 16 Mac. Dengan pemantauan dari jurulatih yang terdiri dari guru-guru SKPB, bersama-sama turun padang bagi menggalakkan penglibatan murid dengan lebih bersemangat dan tekun. Diharapkan agar atlet-atlet kita dapat melakukan yang terbaik di hari kemuncaknya nanti. Majulah sukan untuk negara :)

Sunday, March 13, 2011

SALAM TAKZIAH..

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali..

Takziah kepada En. Saleh di atas pemergian ibu mertuanya (14 Mac 2011).
Warga SK Paya Bunga mendoakan agar roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Semoga En. Salleh sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan drp Allah S.W.T .....Al-Fatihah

Jadual Cuti Terancang - MAC 2011

<sila klikkan jadual untuk dibesarkan>

Kehadiran ke kelas bagi murid tahun 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan

Wednesday, March 9, 2011

Tahniah Atas Perlantikan sebagai CEO Jaring



Tahniah atas perlantikan En Nik Abdul Aziz Nik Yaacob
sebagai CEO Jaring yang baru bermula 1 Mac 2011.

En Nik Abdul Aziz Nik Yaacob merupakan salah seorang Panel Virtual School
bagi SK Paya Bunga yang sentiasa menyumbangkan idea dan bantuan
dalam perlaksanaan sebagai Virtual School.

Tahniah!

Mesyuarat Status Perlaksanaan Dengan Tenaga Pakar Luar


2 Mac 2011 - Satu mesyuarat status perlaksanaan Projek Virtual School bagi SK Paya Bunga telah diadakan di bilik Mesyuarat SK Paya Bunga. Mesyuarat telah dihadiri oleh Mr Prakash (INTEL Singapore), Dr Bernd Nordhausen (INTEL Singapore), En Nik Abdul Aziz Bin Nik Yaacob (CEO Jaring), Pn Norliza Ramli (INTEL Malaysia), Ketua Sektor - Sektor ICT En Nasir Bin Ismail dan Cik Norita Ali - Pegawai Sektor ICT JPN Terengganu.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaya dan Taklimat status perlaksanaan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran - En Ahmad Suhaimi Said selaku Penyelaras Projek Virtual School SK Paya Bunga. Pada mesyuarat ini Dr Bernd telah menyuarakan kegaguman atas perlaksanaan projek virtual school ini dalam tempoh yang singkat. Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk kestabilan perisian dan alatan serta struktur rangkaian komputer yang digunakan di SK Paya Bunga. Banyak idea dan pandangan membina telah diberikan kepada pihak Pengurusan SK Paya Bunga bagi memantapkan projek ini. Terima kasih semua.

Tuesday, March 8, 2011

Words of Wisdom


What a great deal SKPB had now...InsyaAllah it'll succeed...Hope all teachers could give their bit to fulfill the objective of it...so anyway good luck to all teachers...


Monday, March 7, 2011

Berita Kerajaan Negeri - Virtual Class di SK Paya Bunga




Berita dari WEBTV Kerajaan Negeri Terengganu

Thursday, March 3, 2011

Hubungi Kami

Sekolah Kebangsaan Paya Bunga
Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6231733 Fax: 09-6248916
Email : tba3003@gmail.com

Lawatan Pegawai JPN Johor Ke Virtual Class


2 Mac 2011 - Satu rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah datang ke SK Paya Bunga bagi meninjau perlaksanaan konsep pengajaran secara virtual yang telah dilaksanakan bermula awal Februari 2011. Rombongan dari JPN Johor ini telah berminat melaksanakan konsep P&P secara maya khususnya pada perlaksanaan penggunaan Buku Teks sekolah secara digital.

Selepas lawatan ke kelas tersebut, satu mesyuarat telah diadakan dan dipengerusikan oleh YM Tengku Mohd Yussof Bin Tengku Mansor - KS Sektor Jaminan dan Kualiti, JPNT. Pada mesyuarat tersebut rombongan telah diberikan Pembentangan Konsep Perlaksanaan oleh Guru Besar dan GPK1.