Sunday, October 20, 2013

Lawatan ke Pulau Pinang





















5 Oktober hingga 7 Oktober 2013-  Seramai 33 orang murid dan guru SK Paya Bunga telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Amran dan beberapa orang guru termasuk Cikgu Fadzlina, Cikgu Zulkifli, Lutfi, Ustazah Zaipah dan Ustazah Ain bersama-sama murid tiba di tempat penginapan di Batu Ferringhi kira-kira jam 5.30 petang.
     Pada keesokkan hari, murid-murid dibawa melawat ke tempat yang hendak ditujui iaitu Bukit Bendera. Kami menghabiskan masa hampir 3 jam di Bukit Bendera untuk melihat pemandangan di sekitar kawasan itu yang cukup indah dan sempat juga kami singgah di tempat-tempat yang menarik terdapat di situ. Pada sebelah petang pula, kami melawat ke Taman Rama-Rama, Toy Museum Heritage, Penang National Park dan Pantai Batu Ferringhi untuk melihat keindahan alam dan pemandangan pantai di sini.
     Hari terakhir di Pulau Pinang , kami bergerak awal balik menuju ke pusat membeli belah di KOMTAR dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati masakan iaitu Nasi Kamdar dan juga membeli pelbagai jenis jeruk yang terkenal tempat di situ sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
     Kami selamat tiba di SK Paya Bunga kira-kira pada jam 12.30 pagi hari selasa. Sesungguhnya lawatan ini banyak dapat membuka minda murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di tempat negeri orang yang telah kami lawati dalam lawatan ini.



Wednesday, October 2, 2013

Lawatan Ke Rumah Sejahtera, Taman Bahagia Bukit Payong



















1 Oktober 2013 - Sekolah ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas bertempat di Rumah Sejahtera, Taman Bahagia Bukit Payong. Lawatan ini diketuai oleh PK HEM SK Paya Bunga iaitu Encik Zulkifli Maliki bersama 34 orang murid terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 serta beberapa orang guru pengiring dan kakitangan sekolah ini dengan menaiki bas.
                 Tujuan lawatan ini diadakan untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah ini dengan golongan warga emas di sana. Dalam program ini juga turut diadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan sampah-sarap dan semak di kawasan persekitaran rumah tersebut. Di samping itu juga turut mengadakan beramah mesra antara murid-murid dan para guru dengan warga emas di sana.
               Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami bersama warga emas lawatan ke Rumah Sejahtera, Taman Bahagia Bukit Payong.

Kempen Hapus Aedes Cegah Denggi











26 September 2013 – Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah memilih SK Paya Bunga untuk mengadakan satu Program Explorace "Hapus Aedes Cegah Denggi" bertempat di Dewan SK Paya Bunga.Pemilihan SK Paya Bunga sebagai tempat program ini dijalankan untuk peringkat daerah Kuala Terengganu amatlah dialu-alukan. 
                 Dalam program ini melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6,kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dalam explorace ini setiap kumpulan murid diminta mencari dan mengumpulkan bekas-bekas sisa makanan yang dapat menakung air. Semakin banyak bekas dapat dikumpul semakin banyaklah markah yang didapati. Markah bonus diberikan sekiranya bekas yang dikumpul itu mengandungi air dan juga jentik-jentik. Semua pemenang akan diberikan berupa hadiah.
                Di samping itu, dalam program ini juga diadakan pameran Hapus Aedes Cegah Denggi .Pameran ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua murid supaya menjaga kesihatan terutamanya di kawasan rumah dengan tidak mendedahkan bekas-bekas yang dapat menakung air untuk pembiakan nyamuk aedes. Ini adalah kerana nyamuk aedes adalah pembawa kuman yang menyebabkan penyakit Demam Denggi akan terjadi.
              Program ini diharap dapat memberikan pengetahuan kepada murid tentang pentingnya menjaga bekas- bekas yang dapat menakung air supaya tidak terdedah yang memudahkan pembiakan nyamuk aedes. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu kerana dapat menganjukan program ini. Harapan juga agar di masa depan program seperti ini dapat diteruskan lagi.