Tuesday, April 26, 2011

Memasak bersama Pengakap dan Tunas Puteri SK Paya Bunga


Aktiviti memasak Unit Beruniform ( Pengakap dan Tunas Puteri ) telah diadakan pada 19 April yang lalu. Aktiviti ini mempamerkan semangat bekerjasama dan sikap toleransi antara murid di dalam kumpulan .Kepuasan dapat dilihat apabila bahan yang dimasak dapat dimakan bersama rakan-rakan di dalam kumpulan.

Guru-guru pemimpin melihat dan menilai semangat kerjasama,kepimpinan dan kreativiti murid dalam kumpulan bagi memilih Kumpulan Cemerlang yang dapat memasak dan menghidangkan masakan mengikut kreateria-kreateria yang telah ditetapkan. Murid-murid begitu berminat dengan aktiviti kokurikulum seperti ini.

Friday, April 15, 2011

Lawatan Tim. Pengarah Audit Negara ke SK Paya Bunga


Lawatan Timbalan Pengarah Audit Negara tersebut diadakan pada hari Khamis - 14 April 2011 yang lalu untuk melihat sendiri keberkesanan peralatan yang dipasang di kelas maya sama ada benar-benar memberi kesan dalam proses Pengajaran Pembelajaran. Beliau nyata berpuashati dan yakin dengan apa yang dipersembahkan. Turut menyertai rombongan Tim.Pengarah Audit ialah 3 orang pegawai. Turut hadir Ketua Sektor ICT JPNT  - En. Nasir dan Pegawai Top IT.

Sunday, April 10, 2011

Lawatan Tim.Pengarah Pelajaran Pahang bersama Pegawai-Pegawai JPNP dan guru-guru.



10 April 2011 - Jam 9.00 pg : Lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang bersama Pegawai-Pegawai di JPN Pahang, dan guru-guru melihat perjalanan pengajaran pembelajaran di 'virtual class'. Taklimat disampaikan oleh Puan Guru BesarSK Paya Bunga Pn. Rohaya bt. Ibrahim dan PK1 En. Ahmad Suhaimi b. Said. Majlis turut dihadiri oleh CEO TOP IT Tn.Hj.Mohd Isa bin Nik serta pegawai-pegawai Top IT.

Saturday, April 9, 2011

Kursus SMART Board Interactive Whiteboard






Kursus untuk guru-guru SK Paya Bunga diadakan pada 9 April 2011. Kursus ini diwajibkan kepada semua guru-guru SKPB untuk memantapkan lagi penggunaan Smart board dlm pengajaran pembelajaran. Kursus dibahagikan kepada 2 slot :
  •  Sesi 1- Pendedahan Skype oleh PK1 En.Ahmad Suhaimi Said. 
  •  Sesi 2- SMART Board Interactive Whiteboard oleh Pn.Adilah Nisman, EP-TEC Solutions Sdn.Bhd, Seri Kembangan,Selangor.
Turut sama berkursus adalah kakitangan Syarikat TOP-IT.

Lawatan Pengurus Besar Telekom Malaysia (Terengganu) ke Kelas Maya SK Paya Bunga





7 April 2011 - Pengurus Besar TM Terengganu - En Badrul bersama pegawai Telekom Terengganu telah datang melawat SK Paya Bunga bagi melihat perjalanan dan perlaksanaan Virtual Classroom.

Lawatan Pegawai Pusat Maklumat Negeri Terengganu ke Kelas Maya

 

Lawatan Pengarah Unit Pusat Maklumat Negeri Terengganu pada 6 April 2011.

Monday, April 4, 2011

Lawatan YB Toh Chin Yaw, ADUN Bandar bersama Guru-Guru SK Losong dan SK Chung Hwa Wei Sin ke Kelas Maya SKPB





Lawatan ADUN Bandar, YB Toh Chin Yaw ke Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, bersama Guru Besar SK Losong dan SK Chung Hwa Wei Sin telah diadakan pada 3 April 2011. Lawatan tersebut juga disertai oleh beberapa orang guru kanan sekolah-sekolah berkenaan, untuk melihat perjalanan pengajaran pembelajaran di Kelas Maya.

Sekolah SK Losong dan SK Chung Hwa Wei Sin juga dimaklumkan akan di pasang dengan Smartboard untuk sebuah kelas bagi sekolah berkenaan. Semoga SK Losong dan SKCHWS juga akan berjaya menjalankan 'Virtual Class'.

Saturday, April 2, 2011

Lawatan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia ke Virtual Class SKPB




Lawatan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia YH.  Dato' Dr.Siti Zaleha binti Abdullah Sani ke Kelas Maya SK Paya Bunga telah diadakan pada 31 Mac 2011 yang lalu.
Lawatan ini turut disertai oleh rombongan Pegawai-Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, di ketuai oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Yang Berbahagia Tuan Haji Salleh bin Busu.Lawatan antara lain bertujuan melihat perjalanan dan menilai keberkesanan Kelas Maya di SK Paya Bunga.

Puan Guru Besar - Pn Rohaya Bt Ibrahim telah mengiringi YH Dato' Dr Siti Zaleha bagi melihat perlaksanaan pengajaran kelas Maya di tahun 6 dan tahun 5. Taklimat Perlaksanaan Kelas Maya telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran - En Ahmad Suhaimi Bin Said selaku Penyelaras Projek Kelas Maya. 


Majlis Temu Murni Tahun 4 dan 5 / 2011 - 30 Mac 2011





Majlis Temu Murni Tahun 4 dan Tahun 5 diadakan pada 30 Mac 2011. Majlis yang juga bertujuan untuk melihat pencapaian murid dalam Ujian OTI 1. Kehadiran ibubapa amat baik.





Taklimat dan Motivasi ringkas sebagai alu-aluan daripada Puan Guru Besar.


Aturcara majlis :

- Tayangan / Pembentangan Prestasi OTI 1 - Kad Bergambar
- Ikrar Janji Murid
- Sesi tandatangan Kad Ikrar Janji Murid
- Sesi tandatangan Kad Pelaporan pencapaian OTI 1
- Perbincangan dengan guru subjek


Pihak sekolah mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada para ibubapa yang dapat bersama-sama menjayakan majlis ini.
Tuan/puan adalah ibubapa yang cemerlang.

Majlis Temu Murni Tahun 6 - 29 Mac 2011





Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Guru-Guru ( Temu Murni ) Tahun 6 telah diadakan pada 29 Mac 2011 yang lalu.
Majlis antara lain bertujuan untuk sama-sama melihat prestasi akademik murid-murid tahun 6 sempena Ujian OTI 1.



Tentatif Temu Murni termasuklah :

- Tayangan / Pembentangan Prestasi Individu OTI 1 - Kad Bergambar
- Taklimat ringkas Kad Ikrar Janji Murid
- Motivasi Ringkas
- Sesi tandatangan Kad Ikrar Janji Murid
- Sesi tandatangan Kad Pelaporan Pencapaian
- Perbincangan dengan guru kelas / subjek


Majlis ini akan diadakan setiap kali selepas Ujian OTI . Pihak sekolah merasa sukacita dengan kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh ibubapa/penjaga murid.
Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih kepada ibubapa cemerlang yang dapat hadir dalam majlis kali ini.Kehadiran ibubapa menunjukkan keprihatinan, kesungguhan dan keazaman ibubapa ingin melihat kejayaan anak-anak dalam Peperiksaan UPSR.