Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 23 Februari 2011 yang lalu. Majlis memperingati hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah disambut dengan mengadakan pelbagai acara.
23 Februari 2011 - 8.00 pagi Guru-guru dan murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sambil berselawat. Kemudian bergerak ke Surau As Sagoff dalam satu perarakan membawa sepanduk dan poster sambil berselawat. Peserta perarakan singgah di Masjid As Sagoff untuk satu majlis eramah Agama yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Ahmad Ruzlin bin Jaafar, Imam Masjid Ladang, Kuala Terengganu.
Selesai Ceramah Agama, peserta balik semula ke sekolah untuk menjamu selera di kantin sekolah. Program terakhir menonton Video " Muhammad s.a.w. Utusan terakhir". Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini bagi memperingati Hari-Hari Kebesaran Islam. Acara Sambutan Maulidur Rasul ini dapat mengingati pelajar dengan Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Program ini juga diharap dapat menzahirkan perasaan sayang dan kasih kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.




Berita : Cikgu Zulkifli Maliki

Thursday, February 24, 2011

Tahniah : Anugerah NEW DEAL 2010 untuk SK Paya Bunga



Semoga SK Paya Bunga menjadi sebuah
sekolah yang unggul yang menjana generasi terbilang

Friday, February 18, 2011

KEM PECUT UPSR Sesi 1/2011



SK Paya Bunga telah menganjurkan KEM Pecut Kecemerlangan UPSR bermula 17 - 18 Feb 2011 di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Objektif utama ialah membuat sesi penekanan awal UPSR agar semua murid sedar dan bersedia kepada peperiksaan UPSR.
Selama 2 hari 1 malam, semua murid tahun 6 telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk kerohaniaan, motivasi dan kemahiran menjawab UPSR. Kem ini telah dirasmikan oleh En Azman Othman - Ketua Unit ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Beliau juga telah menyampaikan sesi Motivasi Kesedaran Diri. Tentatif Kem Pecut sesi 1/2011 adalah sebagaimana berikut :-

Hari Pertama : Khamis (16 Feb 2011)
  • Perasmian Majlis - En Azman Othman
  • Sesi Motivasi Kesedaran Diri - En Azman Othman
  • Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Tahun 6 dengan Murid SK Wakaf Mempelam
  • Sesi Kerohaniaan - Ustaz Mohd Zamri / Ustazah roslina
  • Pemantapan Matapelajaran Sains UPSR - En Mustaqim
Hari Kedua : Jumaat (17 Feb 2011)
  • Kerohaniaan / Senaman Pagi- En Zulkifli / En Izwan
  • Pemantapan Bahasa Melayu UPSR - En Azmi
  • Pemantapan Matematik UPSR - Pn Junaidah
  • Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR - En Mohd Junaidi
  • Sesi Penutup





Berita : Cikgu Zulkifli Maliki

SK Paya Bunga - Wallpaper



(Sila Ke Ruangan Muat Turun bagi
Download Wallpaper berkenan)

Thursday, February 17, 2011

Lawatan ke Virtual Classroom oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Darul Makmur


17 Februari 2011- Timbalan Pelajaran Negeri Pahang En Yahya Bin Zainal Abidin bersama pegawainya telah melawat SK Paya Bunga bagi melihat keberkesanan Perlaksanaan Virtual Class yang telah dilaksanakan di SK Paya Bunga. YM Tengku Mohd Yusof Bin Tengku Mansor telah menyambut dan mengiringi lawatan tersebut.

Penerangan Pengoperasian telah diberikan oleh GPK1- Anmad Suhaimi Said dan Pegawai TOP-IT. Sepanjang lawatan, En Yahya telah menyatakan keyakinan beliau pada projek ini dalam menghasilkan satu pembelajaran dan pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.

Wednesday, February 16, 2011

Majlis Pengagihan Notebook Untuk Guru-Guru SK Paya Bunga, Elit Bandaraya, Kuala Terengganu.


Tarikh : 16 Februari 2011
Tempat : Sekolah Kebangsaan Paya Bunga,
Elit Bandaraya, Kuala Terengganu.

Seramai 16 orang guru-guru Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Elit Bandaraya, Kuala Terengganu telah menerima Notebook daripada Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Razali Bin Daud. Majlis yang turut dihadiri bersama CEO TOP IT, En. Mohd Isa bin Nik dan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kualiti, Jabatan Pelajaran Terengganu YM Tengku Muhamad Yusof bin Tengku Mansor.

Guru-guru sekolah ini dianugerahkan notebook berikutan perlaksanaan 'Virtual Classroom' di kelas Tahun 4, 5 dan 6. Pemberian notebook kepada guru-guru ini bagi memudahkan guru-guru menyediakan bahan lebih awal sebelum pengajaran pembelajaran berjalan.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu, Ceo TOP IT, Ketua Sektor Pengurusan Kualiti JPNT dan semua pihak yang terlibat dalam majlis ini.





Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Al Muallim - Sami Yusof






The Chosen One - Maheer Zain




Sunday, February 13, 2011

Majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah



13 Feb 2011 - Satu majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Paya Bunga telah diadakan dan disempurnakan oleh Pemangku Ketua Balai Kota (Balai Bomba Kuala Terengganu).Dalam ucapan perasmiaan majlis ini, Pemangku Ketua Balai Kota, beliau menyatakan bahawa ini adalah julung-julung kali Pasukan Bomba dilibatkan dalam Majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah.













Berita : Cikgu Zulkifli Maliki

Saturday, February 12, 2011

Lawatan Rasmi Y.A.B Dato Seri Ahmad Bin Said (MB Terengganu)

Terima Kasih Y.A.B Dato Seri Ahmad Said - Menteri Besar Terengganu


 [ Sila klikkan gambar bagi saiz yang lebih besar ]

10 Feb 2011 - Satu detik bersejarah bagi SK Paya Bunga apabila dikunjungi Y.A.B Dato Seri Ahmad Bin Said - Menteri Besar Terengganu bersama  YB Haji Ahmad  Razif Bin Abd Rahman - Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Negeri Terengganu dan rombongan telah melawat SK Paya Bunga bagi melihat Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran melalui keadah Virtual Classroom. Turut menyambut kehadiran rombongan adalah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terenggganu - En Razali B. Daud bersama  Ketua Sektor Jaminan Kualiti -YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor dan Ketua Sektor Pengurusan ICT - En Nasir Bin Ismail.

Y.A.B Dato Seri Hj Ahmad Bin Said telah meninjau sendiri ke kelas tahun 4, 5 dan 6 bagi melihat keberkesanaan penggunaan E Book semua murid melalui  Sistem Virtual dan Smartboard Interaktif. Segala peralatan Sistem Virtual Class dan Smartboard adalah tajaan Syarikat TOP-IT Sdn Bhd . Selepas lawatan tersebut satu sidang Akhbar telah diadakan oleh Y.A.B Menteri Besar dan CEO TOP-IT En Isa Bin Nik. SK Paya Bunga adalah merupakan sekolah yang telah dinaikkan ditaraf sebagai sekolah Elit Bandaraya Kuala Terengganu oleh PPD Kuala Terengganu dan JPNT.



Keratan Akhbar 2 : Lawatan Kerja Y.A.B Dato MB Terengganu

Keratan Akhbar 1 : Lawatan Kerja Y.A.B Dato MB Terengganu

Wednesday, February 9, 2011

Terengganu perkenal kelas maya di sekolah rendah


(UTUSAN MALAYSIA Online)
09/02/2011 7:10pm

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Sistem pengajaran secara maya diperkenalkan di tiga sekolah rendah di Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di sini, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.

"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat-peringkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga di sini hari ini.

Pengajaran di kelas maya menggunakan peralatan multimedia secara interaktif dan guru tidak lagi menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan ”smart board” yang dihubungkan terus ke talian Internet dan e-Book murid. – Bernama

Thursday, February 3, 2011

Merentas Desa dan Sukanneka Di TER 2011





3 Feb 2011 - SK Paya Bunga telah mengadakan Larian TER (Merentas Desa) mengelilingi Kawasan TER bagi tahap 2 dan Sukanbagi Tahap 1. Acara bermula 8.00 pagi dan berakhir 12.30 tg. Puan Guru Besar- Puan Rohaya telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada semua pemenang.













Berita : Cikgu Zulkifli Maliki

Tuesday, February 1, 2011

Aktiviti Merentas Desa Dan Sukaneka 2011








1 Feb 2011 - SK Paya Bunga telah menganjurkan Pertandingan merentas desa dan sukaneka di kawasan TER. Acara bermula pada pukul 8.30pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Pertandingan ini di adakan perkarangan TER  dan mendapat kerjasama pihak Polis Trafik dan Pegawai Keselamatan TER.

Puan Guru Besar - Pn Rohaya Ibrahim telah menyampaikan hadiah kepada Pemenang- pemenang yang telah memenangi acara tersebut.