Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 23 Februari 2011 yang lalu. Majlis memperingati hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah disambut dengan mengadakan pelbagai acara.
23 Februari 2011 - 8.00 pagi Guru-guru dan murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sambil berselawat. Kemudian bergerak ke Surau As Sagoff dalam satu perarakan membawa sepanduk dan poster sambil berselawat. Peserta perarakan singgah di Masjid As Sagoff untuk satu majlis eramah Agama yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Ahmad Ruzlin bin Jaafar, Imam Masjid Ladang, Kuala Terengganu.
Selesai Ceramah Agama, peserta balik semula ke sekolah untuk menjamu selera di kantin sekolah. Program terakhir menonton Video " Muhammad s.a.w. Utusan terakhir". Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini bagi memperingati Hari-Hari Kebesaran Islam. Acara Sambutan Maulidur Rasul ini dapat mengingati pelajar dengan Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Program ini juga diharap dapat menzahirkan perasaan sayang dan kasih kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.




Berita : Cikgu Zulkifli Maliki

No comments:

Post a Comment