Thursday, August 4, 2016

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin.

4 Ogos 2016 - Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah mengadakan majlis solat hajat bertujuan untuk memohon keselamatan negara, keselamatan negeri, kesejahteraan pemimpin-pemimpin, dan kejayaan Terengganu dalam peperiksaan awam. Disamping itu, majlis itu turut diadakan bacaan surah yasin beserta solat sunat dhuha. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan bin Mahmud dan disertai oleh seluruh warga SK Paya Bunga bertempat di dataran sekolah.
















Tuesday, July 26, 2016

Satu Jam Bersama Al-Quran

29 Jun 2016 - Rabu, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah mengadakan sambutan hari bacaan Al-Quran pada bulan Jun yang diadakan di Dewan An-Nur sempena Program Satu Jam bersama Al-Quran.





Sunday, April 24, 2016

Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan April

20 April 2016 - Rabu, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah mengadakan sambutan hari lahir guru dan murid yang lahir pada bulan April yang diadakan di Kantin sekolah sempena Program Amalan Guru Penyayang.






Tuesday, April 19, 2016

Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Bunga 2016

               Perkhemahan unit beruniform adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu. Program perkhemahan ini disertai oleh semua murid tahap 2 unit uniform Pengakap, PBSM, TKRS dan Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Aktiviti perkhemahan diadakan di Dataran SK Paya Bunga pada 7 hingga 9 April 2016.

              Aktiviti perkhemahan diadakan supaya dapat membentuk murid mampu berdikari dan menyesuaikan diri dalam setiap situasi. Selain dari itu, program ini dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Pendaftaran Murid
Aktiviti Memasang Khemah
Perasmian Pembukaan Oleh En. Azahar bin Abu Bakar
Pertandingan Memasak
Kembara Malam ke Pulau Warisan
Senaman Pagi
Kawad Kaki bersama JPAM

Ikatan dan Pertolongan Cemas

Pertandingan Malam Kebudayaan
Perasmian Penutup


Sunday, February 21, 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016



20 Februari 2016 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 34 telah berlangsung dengan jayanya diadakan pada hari Sabtu 20 Februari 2016. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg, Tuan Haji Mazri bin Jusoh (Pengerusi Penyelaras Dun Bandar Kuala Terengganu).

Majlis Perpisahan Guru Besar


15 Februari 2016 - Pada hari Isnin minggu lepas, jam 12.30 tengah hari telah diadakan satu majlis ucapan ringkas perpisahan Guru Besar, Suhaimi bin Muhammad yang akan bertukar ke SK Gong Kapas. Suasana ringkas penuh hiba ini diadakan di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.

Bengkel Pembelajaran Abab ke 21


14 Februari 2016 - Pada 14 Februari 2016 telah berlangsung program Taklimat dan Bengkel Pembelajaran Abad Ke 21 (PA21) yang disampaikan oleh Pn. Yusnita binti Mohd Yunus, SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.Bengkel ini telah disertai semua guru SK Paya Bunga bertempat di bilik mesyuarat bermula jam 2.00 petang.

Wednesday, February 17, 2016

Majlis Sambutan Hari Jadi Bulan Januari



28 Januari 2016 - Majlis Sambutan Hari Jadi guru dan murid bagi bulan Januari telah diadakan pada 28 Januari 2016,hari Khamis di Dewan An Nur sempena Program Amalan Guru Penyayang. Seramai 8 orang murid dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diraikan.Tidak dilupakan juga 2 orang guru yang lahir pada bulan Januari turut diraikan bersama.

Wednesday, February 10, 2016

Majlis Solat Hajat UPSR 2016



14 Januari 2016 - Pada hari Khamis malam Jumaat,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Solat hajat ini diadakan bertempat di Surau SK Paya Bunga.

Thursday, February 4, 2016

Program Bangkitlah Anakku UPSR 2016


14 Januari 2016 - Program Bangkitlah Anakku dan Motivasi bagi murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR 2016 telah diadakan 14 Januari lalu bertempat di SK Paya Bunga.

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah


17 Januari 2016 - Unit HEM telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah serta juga diadakan majlis pelantikan Ketua dan Penolong Kelas bagi sesi persekolahan 2016. Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah yang dilantik seramai 38 orang murid dari Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini.

Monday, January 4, 2016

Hari Pertama Persekolahan SK Paya Bunga

Kesemua murid tahun satu di SK Paya Bunga bersemangat dan menunjukkan komitmen serta menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran di sekolah itu, semalam.
KUALA TERENGGANU – Kehadiran seramai 25 murid tahun satu pada hari pertama persekolahan semalam, sedikit sebanyak menceriakan suasana Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga yang merupakan antara sekolah memiliki jumlah murid sedikit di negeri ini.
Guru Besar SK Paya Bunga, Suhaimi Mohamad berkata, sekolah tertua di Terengganu itu kini mempunyai seramai 120 murid tahun satu hingga enam, berbanding 113 murid tahun lalu dan pernah mencapai 76 murid pada 2009.

Selamat Datang dan Kembali ke Sekolah 2016