Sunday, February 21, 2016

Majlis Perpisahan Guru Besar


15 Februari 2016 - Pada hari Isnin minggu lepas, jam 12.30 tengah hari telah diadakan satu majlis ucapan ringkas perpisahan Guru Besar, Suhaimi bin Muhammad yang akan bertukar ke SK Gong Kapas. Suasana ringkas penuh hiba ini diadakan di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.

           Sesungguhnya pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi sekolah ini kerana selama 2 tahun 3 bulan beliau bertugas di sekolah ini, telah banyak membawa kejayaan samada dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Jasa beliau terlalu besar buat sekolah ini dan ianya tetap menjadi kenangan buat semua warga sekolah ini. Selamat bertugas di sekolah yang baru.













No comments:

Post a Comment