Wednesday, February 10, 2016

Majlis Solat Hajat UPSR 2016



14 Januari 2016 - Pada hari Khamis malam Jumaat,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Solat hajat ini diadakan bertempat di Surau SK Paya Bunga.

          Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Wan Zamri.Turut hadir ialah Tuan Guru besar,En.Suhaimi bin Muhammad,guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6. Majlis solat hajat ini diimamkan oleh Ustaz Ridzuan.Majlis yang bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 7.20 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan Yassin dan ucapan Guru Besar serta tazkirah.Semoga calon-calon UPSR 2016 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.









No comments:

Post a Comment