Sunday, February 21, 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016



20 Februari 2016 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 34 telah berlangsung dengan jayanya diadakan pada hari Sabtu 20 Februari 2016. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg, Tuan Haji Mazri bin Jusoh (Pengerusi Penyelaras Dun Bandar Kuala Terengganu).

            Majlis dimulai dengan ucapan YDP PIBG, En. Muhammad Zamri bin Yusof, diikuti ucapan PK1, Puan Roslina binti Ariffin selaku wakil Guru Besar SK Paya Bunga. Seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Y. Bhg, Tuan Haji Mazri bin Jusoh. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan SK Paya Bunga, Encik Yusma bin Yusof.Majlis juga turut diceriakan dengan cabutan bertuah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Bunga kali ke-34 ini.
             Dalam majlis ini turut diadakan Penyerahan Duit Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid yang layak menerimanya. Diharapkan ibu bapa atau penjaga yang menerima wang tersebut dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.

































No comments:

Post a Comment