Friday, January 28, 2011

Gambar Murid Tahun 6(2012) UPSR(2012)

Klik pada image untuk saiz yang besar

Gambar Murid Tahun 5(2012) UPSR(2013)

Klik pada image untuk saiz yang besar

Gambar Murid Tahun 4(2012) UPSR(2014)

Klik pada image untuk saiz yang besar

Gambar Murid Tahun 3(2012) UPSR(2015)

Klik pada image untuk saiz yang besar

Gambar Murid Tahun 2(2012) UPSR(2016)

Klik pada image untuk saiz yang besar

Tuesday, January 25, 2011

Latihan Pengintergrasiaan EMAIL dalam P&P Di SK Paya Bunga



BTPNT melalui Ketua Unit ICT telah mengadakan bengkel pemantapan Penggunaan EMail dalam P&P kepada murid. Bengkel ini kendali sendiri oleh Ketua Unit ICT BTPNT - En Azman Othman. Pemantapan Kemahiran ini adalah sebahagian Latihan Yang dirancang  sebagai elemen kursus Pengurusan Perubahaan Kepada Semua Guru SK Paya Bunga dan Murid tahap 2.

Berikut adalah Email Guru-Guru Bagi Tujuan P&P

  • cgrohaya.skpb@gmail.com - Guru Besar
  • cgsuhaimi.skpb@gmail.com - GPK 1
  • cgjunaidah.skpb@gmail.com - GPK 2
  • cghaliza.skpb@gmail.com - GPK KK
  • cgzulkifli.skpb@gmail.com
  • cgazmi.skpb@gmail.com
  • cgfadzlina.skpb@gmail.com
  • cgizwan.skpb@gmail.com
  • cgoh.skpb@gmail.com
  • cgrokiah.skpb@gmail.com
  • cgrosina.skpb@gmail.com
  • cgsyarifah.skpb@gmail.com
  • cgwanzamri.skpb@gmail.com
  • cgjunaidi.skpb@gmail.com

Tuesday, January 18, 2011

Tahniah Atas Perlantikan Tuan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNT

(Bingkai Gambar Hadiah - Cover Majalah ELIT SK Paya Bunga)

Tahniah atas perlantikan Tuan PPD sebagai Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti JPNT.
Kami warga SK Paya Bunga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan sebagi Ketua Sektor, sektor berkenaan. Selamat Maju Jaya.

YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor juga terlibat secara langsung kepada Penarafan SK Paya Bunga - Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Perlaksanaan Penarafan Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu.


Lawatan Lingkage dan Penanda Aras Sekolah Ke Singapura


13 Januari 2011 - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama dengan PPD Kuala Terengganu telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke Singapura. 2 tempat utama telah di pilih iaitu North Vista Primary School dan Intel Singapore bermula pada 13 -15 Januari 2011.

Objektif utama ialah untuk melihat pengintergrasian ICT dalam P&P di North Vista Primary School yang mana merupakan sebuah sekolah yang sangat terkenal di Singapura. Sekolah ini juga dilengkapkan dengan kemudahan smartboard dan semua pelajarnya menggunakan CMPC atau E-Book.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Hj Salleh bin Hj Busu - Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bersama dengan Tuan PPD Kuala Terengganu YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor (Ketua Sektor Jaminan Kualiti - bermula 16 Januari 2011) dan turut dihadiri oleh semua guru dari SK Paya Bunga ( Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu), beberapa orang guru dari SK Komplek Seberang Takir dan SK Teluk Kalong.

Urusetia lawatan ialah Sektor ICT yang diketuai oleh Cik Norita bt Ali.
Hasil lawatan dan input dari Lawatan ini akan digunakan sebagai penambahbaikan perlaksanaan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu.






Sunday, January 9, 2011

Majlis Penyampaian E-Book Tahun 4 dan 5 (Sekolah Elit)


En Razali B Daud

Pada 4 Januari yang lalu, satu majlis pengagihan E-Book kepada murid tahun 4 dan 5. Pengagihan E-Book yang merupakan paling awal bagi sekolah di Terengganu dilaksanakan sempena SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT ICT Bandaraya Kuala Terengganu dilaksanakan. Ianya bermula apabila  Ketua Sektor ICT JPNT En Nasir bin Ismail telah mengumumkan untuk mengagihkan ebook kepada murid tahun 4 dan 5 lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan sebagai langkah pertama bagi merealisasikan impian Tuan Pengarah JPNT iaitu En Razali bin Daud untuk menjadikan SK Paya Bunga sebagai sekolah ELIT kawalan Daerah.

Pada hari tersebut,satu majlis penyerahan ebook kepada murid telah diadakan dengan Tuan Pengarah sendiri telah merasmikan majlis tersebut.Dalam ucapannya,beliau banyak menekankan tentang cara bagaimana untuk melonjakkan kembali nama SK Paya Bunga dimata rakyat Terengganu khususnya dan peringkat kebangsaan  amnya. Beliau juga telah menyentuh tentang gambaran yang akan berlaku apabila pemasangan semua perkakasan ICT dilaksanakan. Harapan beliau bahawa SK Paya Bunga akan menjadi satu sekolah penanda aras bagi sekolah-sekolah lain. Turut dijemput semua Ibu bapa semua murid yang  menerima ebook.

Monday, January 3, 2011

Hari pertama persekolahan di SKPB 2011


Hari pertama persekolahan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT ICT Bandaraya Kuala Terengganu telah melihat perubahan besar berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Perubahan pertama ialah pertambahan murid yang agak ketara. Kemasukkan murid bermula 2011 adalah mengikut kawalan Pejabat Pelajaran Daerah yang mewajibkan hanya murid yang mencapai 2A atau 3A sahaja di peperiksaan akhir tahun akan diterima masuk.

Alhamdulillah tahun 2010 SK Paya Bunga telah berjaya mencipta sejarah kejayaannya sendiri apabila telah berja menghasilkan peratusan kelulusan tertinggi dalam daerah Kuala Terengganu.