Tuesday, January 18, 2011

Lawatan Lingkage dan Penanda Aras Sekolah Ke Singapura


13 Januari 2011 - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama dengan PPD Kuala Terengganu telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke Singapura. 2 tempat utama telah di pilih iaitu North Vista Primary School dan Intel Singapore bermula pada 13 -15 Januari 2011.

Objektif utama ialah untuk melihat pengintergrasian ICT dalam P&P di North Vista Primary School yang mana merupakan sebuah sekolah yang sangat terkenal di Singapura. Sekolah ini juga dilengkapkan dengan kemudahan smartboard dan semua pelajarnya menggunakan CMPC atau E-Book.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Hj Salleh bin Hj Busu - Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bersama dengan Tuan PPD Kuala Terengganu YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor (Ketua Sektor Jaminan Kualiti - bermula 16 Januari 2011) dan turut dihadiri oleh semua guru dari SK Paya Bunga ( Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu), beberapa orang guru dari SK Komplek Seberang Takir dan SK Teluk Kalong.

Urusetia lawatan ialah Sektor ICT yang diketuai oleh Cik Norita bt Ali.
Hasil lawatan dan input dari Lawatan ini akan digunakan sebagai penambahbaikan perlaksanaan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT Bandaraya Kuala Terengganu.






1 comment:

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja... Trip Group untuk Private Tour pun ada, bole sewa bas & SG Tour Guide.

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak 🔥PRIVATE TRIP-Tour Singapore (car/alza/starex)? 🚘 Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219 (JESS)

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
    [From Johor Bahru]

    ReplyDelete