En Razali B Daud |
Pada 4 Januari yang lalu, satu majlis pengagihan E-Book kepada murid tahun 4 dan 5. Pengagihan E-Book yang merupakan paling awal bagi sekolah di Terengganu dilaksanakan sempena SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT ICT Bandaraya Kuala Terengganu dilaksanakan. Ianya bermula apabila Ketua Sektor ICT JPNT En Nasir bin Ismail telah mengumumkan untuk mengagihkan ebook kepada murid tahun 4 dan 5 lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan sebagai langkah pertama bagi merealisasikan impian Tuan Pengarah JPNT iaitu En Razali bin Daud untuk menjadikan SK Paya Bunga sebagai sekolah ELIT kawalan Daerah.
Pada hari tersebut,satu majlis penyerahan ebook kepada murid telah diadakan dengan Tuan Pengarah sendiri telah merasmikan majlis tersebut.Dalam ucapannya,beliau banyak menekankan tentang cara bagaimana untuk melonjakkan kembali nama SK Paya Bunga dimata rakyat Terengganu khususnya dan peringkat kebangsaan amnya. Beliau juga telah menyentuh tentang gambaran yang akan berlaku apabila pemasangan semua perkakasan ICT dilaksanakan. Harapan beliau bahawa SK Paya Bunga akan menjadi satu sekolah penanda aras bagi sekolah-sekolah lain. Turut dijemput semua Ibu bapa semua murid yang menerima ebook.
No comments:
Post a Comment