Thursday, September 28, 2017

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2017


Perkhemahan Unit Beruniform SK Paya Bunga telah dirasmikan oleh Pn Ros Haya Bt Aziz Guru Besar SK Paya Bunga. Perkhemahan ini bermula pada 28 September 2017 hingga 29 September 2017 selama 2 hari satu malam.

Karnival merentas Desa Juara Sekolah Bawah 11 tahun 2017 di Dungun


Dua orang wakil SK Paya Bunga ke Karnival Merentas Desa Juara Sekolah Bawah 11,14 dan 16 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2017 di Bandar Dungun pada 28.9.2017.
Selamat berjuang dengan trek laluan sejauh 4 KM bagi kategori Bawah 11 tahun.

1.Muhammad Afiq Safwan B Mohd Saidi      Tahun 5
2.Wan Nur Darwishah Bt Wan Abdul Hadi    Tahun 5
3.Amirul Hakimi B Ahmad Muslim               Tahun 4


Kem Bestari Sola Fasa dua pada 28.9.2017












Thursday, September 21, 2017

Latihan Taekwando pada 21.09.2017






Latihan taekwando ini dikendalikan oleh persatuan Taekwando Teguh (WTF) di alamat PT755,Kg Tok Adis, Kuala Ibai .Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu.Jurulatih yang bertugas ialah En Zulkifli.Terima kasih atas kerjasama semua

Program Penutup Bulan Kebangsaan Tahun 2017










Majlis solat Dhuha, bacaan yaasin dan tazkirah sempena Bulan Kebangsaan di Masjid Abidin, Kuala Terengganu







Pada 20.9.2017  seramai 46 murid (Tahun 4,5 dan 6) SK Paya Bunga telah menyertai program kolaborasi antara SK Paya Bunga dengan Pengurusan Masjid Abidin sempena Bulan Kebangsaan kali ke 60.

Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.Program ini berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak.Terima kasih kepada jawatankuasa program,pihak pegurusan masjid dan tak lupa juga kepada unit pasukan trafik IPK Kuala Terengganu yang mengiringi pelajar dari sekolah ke masjid kira-kira 1 KM.



Thursday, September 14, 2017

Hari ke 4 UPSR pada Khamis 14.9.2017





 Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmatnya peperiksaan UPSR bermula 11.9.2017 hingga 14.9.2017 dapat dijalankan dengan lancar.Terima kasih kepada semua pihak kerana memberi kerjasama yang mantap.Marilah sama-sama kita doakan semoga keputusan UPSR 2017 menjadi lebih cemerlang.Insya Allah.

Wednesday, September 13, 2017

Tuesday, September 12, 2017

Pingat Emas dalam Kejohanan Taekwando Kukkiwon Cup Kedah pada 25 hingga 27 Ogos 2017

Tahniah kepada adik Iskandar Dzulqarnain Bin Mohd Zulhilmi kerana memenangi pingat emas dalam Kejohanan Taekwando Kukkiwon Cup Kedah Zon Utara dan jemputanKebangsaan 2017 pada 25 hingga 27 Ogos 2017 bertempat Kompleks Star Parade,Alor Setar,Kedah.Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Taekwando Yan (PTBK/WTF).Terima kasih kepada jurulatih  dan pihak sekolah yang berjaya mengesan bakat dalam acara taekwando.