Wednesday, October 2, 2013

Kempen Hapus Aedes Cegah Denggi











26 September 2013 – Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah memilih SK Paya Bunga untuk mengadakan satu Program Explorace "Hapus Aedes Cegah Denggi" bertempat di Dewan SK Paya Bunga.Pemilihan SK Paya Bunga sebagai tempat program ini dijalankan untuk peringkat daerah Kuala Terengganu amatlah dialu-alukan. 
                 Dalam program ini melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6,kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dalam explorace ini setiap kumpulan murid diminta mencari dan mengumpulkan bekas-bekas sisa makanan yang dapat menakung air. Semakin banyak bekas dapat dikumpul semakin banyaklah markah yang didapati. Markah bonus diberikan sekiranya bekas yang dikumpul itu mengandungi air dan juga jentik-jentik. Semua pemenang akan diberikan berupa hadiah.
                Di samping itu, dalam program ini juga diadakan pameran Hapus Aedes Cegah Denggi .Pameran ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua murid supaya menjaga kesihatan terutamanya di kawasan rumah dengan tidak mendedahkan bekas-bekas yang dapat menakung air untuk pembiakan nyamuk aedes. Ini adalah kerana nyamuk aedes adalah pembawa kuman yang menyebabkan penyakit Demam Denggi akan terjadi.
              Program ini diharap dapat memberikan pengetahuan kepada murid tentang pentingnya menjaga bekas- bekas yang dapat menakung air supaya tidak terdedah yang memudahkan pembiakan nyamuk aedes. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu kerana dapat menganjukan program ini. Harapan juga agar di masa depan program seperti ini dapat diteruskan lagi.


No comments:

Post a Comment