Tuesday, May 27, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

18 Mei 2014 - Warga Guru SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei yang lalu dan bertemakan Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.Majlis ini diadakan bertempat di dewan terbuka sekolah ini. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, lagu Biarku Menjadi Lilin dan lagu tema hari guru 2014 iaitu Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Junaidah binti Harun dan Penolong Kanan HEM, En. Zulkifli bin Maliki serta ucapan oleh Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad.Seterusnya bacaan ikrar pula dibaca oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Amran bin Mokhtar.

              Majlis ini dimulakan dengan program solat Dhuha, bacaan Yassin,tahlil dan doa selamat diketuai oleh Ustaz Ridwan.Selepas itu, majlis disusuli dengan acara potong kek dan juga persembahan lakonan dan nyanyian karaoke dikalangan guru-guru dan murid-murid dengan penuh kemeriahan. Majlis ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata kepada semua murid dan guru, kemudian majlis ini diakhiri dengan menikmati jamuan tengah hari.
              Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Bunga 2014.


                          



                          


















 

No comments:

Post a Comment