Tuesday, May 6, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform

17 April 2014 - Perkhemahan Unit Berunifrom SK Paya Bunga telah diadakan bermula 17 hingga 19 April 2014 selama tiga hari dan dua malam telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 55 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan ini yang terdiri daripada semua murid tahap 2 dan turut disertai juga semua murid tahun 3. Perkhemahan ini diadakan bertempat di kawasan Dataran SK Paya Bunga.

                    Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu aktiviti mendirikan khemah masing-masing,,ikatan asas, latihan kawad kaki, pertandingan explorace, pertandingan memasak dan persembahan malam kebudayaan secara berkumpulan
                   Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Suhaimi bin Muhammad. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini.






























No comments:

Post a Comment