Friday, February 24, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.






17 Februari 2012 - SK Paya Bunga mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 di Dewan Terbuka sekolah. Majlis bermula dengan ucapan YDP PIBG, En.Safaruddin bin Mustaffa. Diikuti ucapan oleh Puan Guru Besar, Pn.Rohaya bt. Ibrahim. Kehadiran Wakil Yg.Berbahgia Dato'Hj.Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, En.Ibrahim bin Omar telah merasmikan mesyuarat pada kali ini. Turut hadir Tim.Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, En.Azahar bin Abu Bakar yang juga telah menyampaikan ucapan beliau.

Guru-Guru dan J/Kuasa PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dif-Dif serta ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Juga ucapan terima kasih tak terhingga kepada En.Zaid yang telah menyumbang jamuan sempena majlis ini.

No comments:

Post a Comment